Jus Ini Untuk Mengeluarkan Racun Dari Badan!! Jom Minum!!

Dalam artikel ini Anda akan belajar bagaimana menyediakan minuman yang dibuat dari buah pir dan halia yang akan memperkuat sistem kekebalan tubuh Anda dan membersihkan seluruh tubuh dari racun. Anda mungkin sudah mendengar tentang manfaat kesihatan dari halia, tapi kali ini Anda dapat mencuba dalam kombinasi dengan pir manis.

Mengeluarkan Racun Dalam Badan

Seperti sekarang adalah waktu yang tepat tahun untuk pembelian pir matang, Anda dapat menyediakan minuman ini bila-bila pon Anda inginkan.

Penelitian perubatan  telah menunjukkan bahawa kombinasi ini membantu membersihkan dan memperkuat tubuh. Manis dan berair pir adalah sumber yang sangat kaya serat makanan, yang positif mempengaruhi sistem kardiovaskular dan pencernaan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

3 pir dikupas

2 iris halia

1/2 timun

1/2 biji lemon.

Cara menyediakan:

Masukkan semua bahan dalam blender

Tapiskan air dari bendasing

Minuman ini sangat ideal detoks  dan pembakaran lemak.
Mengambilnya  sebelum atau sesudah makan, tapi tidak sebagai pengganti makan.

SUMBER : www.sehatitumahal.com

Baca Juga : 6 Bahan Cairkan Lemak Guna Air Detoks Dalam Masa Seminggu, Kesannya Pasti Kempis & ‘Flat’ Punya Perut Tu!

6 Bahan Cairkan Lemak Guna Air Detoks Dalam Masa Seminggu, Kesannya Pasti Kempis & ‘Flat’ Punya Perut Tu!

Perut Buncit Tu Seksi? Emmm…tidak semua berpendapat macam tu kot. Satu masalah utama lelaki daripada segi penampilan ialah masalah perut buncit. Jika dulu, lelaki perut buncit ini khas untuk mereka yang sudah berkahwin. Tetapi sekarang, yang belum berkahwin pun perut sudah ‘maju ke depan.

Korang tahu tak ada cara yang pantas untuk hilangkan masalah perut buncit? Tapi kena sabar sikit dan lakukan dengan konsisten. 

Tips paling mudah untuk mendapatkan perut yang lansing dan sistem penghadaman yang lancar ialah dengan pengambilan air kosong yang mencukupi. Air kosong atau air putih punya ‘kuasa’ untuk mengeluarkan segala sisa toksik dan paling hebat ia juga punca hidrasi paling selamat dan menyerap segala nutrisi hasil dari makanan. Tapi bosan bukan kalau asyik kerap minum air kosong sahaja? Untuk menambah rasa atau menyedapkan lagi pengambilan air, Maskulin kongsikan 6 bahan semulajadi yang boleh campur didalam air kosong anda.

#1 Lemon atau Limau

Kesan: Lemon dan limau tinggi dalam Vitamin C, ia mampu membentuk enzim untuk penghadaman. Jadi sistem penghadaman anda lebih lancar.

Cara: Perahkan perahan jus lemon didalam air atau hiris nipis buah seperti didalam gambar.

#2 Cuka Epal (Apple Cider)

Kesan: Air detoks bersama cuka epal dapat membuang segala toksik didalam badan, meningkatkan sistem penghadaman dan menaikkan kadar metabolism. Selain itu, ia mampu memperbaiki tahap keseimbangan pH dalam badan.

Cara: Tambahkan dua atau tiga sudu besar cuka epal didalam air minuman anda.

#3 Daun Pudina

Kesan: Beri kebaikan pada hempedu dan fungsi kelenjar air liur. Ia juga mempunyai enzim penghadaman dimana bekerja sebagai menyerap nutrisi dan vitamin didalam makanan. Daun pudina turut bagus untuk meredakan sakit perut.

Cara: Paling sedap tambahkan 10-15 helai daun pudina bersama hirisan lemon dan timun. Rendam semalaman dalam peti sejuk.

#4 Timun

Kesan: Timun mempunyai banyak air dan serat dimana sangat baik untuk sistem penghadaman dan pergerakan usus.

Cara: Mudah! Hiris nipis timun kemudian rendam dalam air minuman anda.

#5 Kayu Manis

Kesan: Ia dapat membunuh bakteria jahar dan menyembuhkan sebarang jangkitan yang terdapat di gastrointestinal tract (saluran makanan antara mulut, perut ke usus kecil, usus besar sehinggalah dubur)

Cara: Takkan nak minum air kayu manis sahaja, mampu? Tambah selera dengan hirisan buah epal (potong nipis) dan satu batang kayu manis dalam air.

#6 Halia

Kesan: Bagus dalam melegakan kekejangan, kembung perut, angin dalam badan dan sembelit.

Cara: Hiris halia nipis-nipis dan rendam semalam didalam air.

Bila ‘senang’ nak ke tandas, percayalah sakit kepala, badan mudah letih dan sikap moody terus hilang. Selamat mencuba!