Ini Adalah Kepala Pembunuh Bersiri Dari Portugal Yg Dibunuh Pada 176 Tahun Yg Lepas

Diogo Alves yang merupakan seorang pembunuh bersiri yang pernah ‘menghantui’ rakyat Portugal sekitar tahun 1841 merupakan pembunuh bersiri yang pertama di negara itu.

Dilahirkan di Galicia pada tahun 1810 dan mengembara ke Lisbon sebagai seorang kanak-kanak biasa, Diogo bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah rumah.

Ini Adalah Kepala Pembunuh Bersiri Dari Portugal Yg Dibunuh Pada 176 Tahun Yg Lepas

Beberapa tahun kemudian, Diogo menyedari bahawa kehidupan untuk ke arah kejahatan adalah jalan pintas untuk mengaut keuntungan.

Pada tahun 1836 dia telah dipindahkan untuk bekerja di sebuah kediaman mewah yang terletak di Aqueduto das Águas Livres, Portugal.

Ini Adalah Kepala Pembunuh Bersiri Dari Portugal Yg Dibunuh Pada 176 Tahun Yg Lepas

Pada waktu malam, Alves akan merompak hasil pendapatan petani. Bukan sahaja setakat merompak, Alves juga mencampak dan membuang kesemua mayat mangsa daripada ketinggian 213 kaki dari sebuah jambatan.

Bagi mengukuhkan kedudukannya, Alves telah menubuhkan sebuah geng untuk merompak dan membunuh mangsa dan sasarannya merupakan merupakan golongan elit dan orang-orang kaya.

Ini Adalah Kepala Pembunuh Bersiri Dari Portugal Yg Dibunuh Pada 176 Tahun Yg Lepas

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Kumpulan itu akhirnya telah berjaya ditangkap setelah mereka membunuh empat orang di sebuah rumah milik seorang doktor tempatan. Alves kemudiannya telah didakwa dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Ini Adalah Kepala Pembunuh Bersiri Dari Portugal Yg Dibunuh Pada 176 Tahun Yg Lepas

Ini Adalah Kepala Pembunuh Bersiri Dari Portugal Yg Dibunuh Pada 176 Tahun Yg Lepas

Ini Adalah Kepala Pembunuh Bersiri Dari Portugal Yg Dibunuh Pada 176 Tahun Yg Lepas

Setelah Alves meninggal dunia, sekumpulan saintis telah meminta untuk menyimpan kepala Alves untuk tujuan kajian. Menurut mereka, sifat seseorang itu dapat ditentukan berdasarkan kepada bentuk fizikal tengkorak mereka.

Kepalanya telah dipotong daripada tubuhnya dan dipindahkan ke dalam balang kaca di mana ia masih lagi disimpan sehinggalah ke hari ini di Fakulti Perubatan Universiti Lisbon.

Sumber : taikotai.tv