Siti Nurhaliza Sudah Bersalin? Ini Pengumuman Dari Rozi Sang Dewi

Kami di Hangat.com percaya satu Malaysia tidak sabar untuk menanti kelahiran ‘Siti Junior’, cahaya mata sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dijangka pada bulan ini.

Siti Nurhaliza Sudah Bersalin?

Sebelum ini, penyanyi kesayangan ramai itu telah mengumumkan akan melahirkan cahaya mata perempuan pada pertengahan Mac dan sejak semalam khabar angin mula tersebar dengan mengatakan Siti kini sudah selamat bersalin.

Adakah benar penyanyi kesayangan ramai ini sudah bersalin? Terdahulu Siti melalui sebuah sidang media khas telah memberitahu khabar gembira beliau telah hamil setelah hampir 11 tahun menanti bersama suami, Datuk K.

Kenyataan Rozi

Menjawab spekulasi berita itu, pengurus Siti yang juga kakak iparnya Rozi Sang Dewi melalui Instagramnya memberitahu bahawa khabar angin tersebut tidak benar.

BACA  Menghitung Hari! Datuk Seri Siti Nurhaliza Sebak Bakal Lahirkan Anak

Malah Siti masih lagi aktif memenuhi jemputan acara dan Rozi turut meminta peminat untuk tidak membuat sebarang spekulasi secara melulu tanpa kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Siti Nurhaliza.

“Belum, belum bersalin lagi, jangan buat khabar angin. Elok melawa dan tersenyum lagi ni. Masih juga sempat melapangkan waktu menyelesaikan beberapa tugasan. Saya dulu masa uruskan @ctdk, esok nak bersalin, hari ini masih bekerja keras. Siap masak nasi minyak dan menjamu rakan-rakan sekerja lagi sebab nanti akan lama berpantang, tak boleh makan macam-macam,”

Kami faham ramai yang terlalu teruja untuk mendengar pengumuman Siti sudah bersalin. Sama – sama kita doakan agar Siti selamat menjalani pembedahan untuk bersalin dan dipermudahkan segalanya.

Dato’ Siti Nurhaliza Mahu Dua Orang Anak Sebelum Usia 43 Tahun

Penyanyi yang menjadi kesayangan hampir semua rakyat Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza telah mengumumkan berita kehamilannya pada tahun lalu melalui sebuah sidang media terbuka setelah hampir 12 tahun menjalani bahtera rumah tangga. Dato’ siti sendiri sering berkongsi setiap fasa perubahan yang dialaminya sepanjang hamil bersama peminat.

Terbaru, Suria Malaysia melaporkan bahawa Dato’ Siti meluahkan keinginannya untuk hamil sekali lagi dan memiliki dua orang anak sebelum usianya menginjak 43 tahun.
‘Elak makanan pedas..’

Jika dahulu beliau seorang yang sangat sukakan makanan pedas, namun sekwaktu mengandung beliau harus elak makanan sebegitu.

Saya suka makan tomyam tapi itu pun tak boleh. Jadi saya terpaksa ulang makan benda yang sama seperti sup, singgang dan sebagainya.

Menurut Suria Malaysia juga, Dato’ Siti perlu mengelakkan makanan pedas yang menjadi kegemarannya selama ini demi menjaga kandungannya dengan baik.
‘Persediaan untuk bayi dah pun siap..’

Segala persiapan telah pun dilakukan malah nama untuk puteri yang bakal lahir nanti juga sudah ada.

Alhamdulillah segala persiapan telah pun lengkap seperti barangan keperluan bayi serta bilik bayi. Peminat-peminat juga banyak yang memberikan hadiah.

Selain itu, Dato’ Siti juga berkongsi dengan Suria Malaysia tentang persiapannya untuk menyambut kelahiran puteri sulungnya yang tinggal beberapa hari lagi.
‘Merancang untuk mempunyai dua cahaya mata’

Inshaallah saya ingin memiliki dua cahaya mata sebelum usia saya mencecah 43 tahun.

Menurut laporan dari Suria Malaysia juga, Dato’ Siti juga mempunyai perancangan untuk mempunyai dua orang anak sebelum usinya mencecah 43 tahun. Admin doakan semoga Allah lancarkan proses bersalin buat Dato’ Siti nanti.

Credit: Suria Malaysia