Dakwa diceraikan waktu hamil, Linda Rafar tawar hati dengan suami

Bekas anggota kumpulan Elite , Linda Rafar akui berasa trauma dan tawar hati dengan suaminya Syed Aiman yang juga seorang pelakon Malaysia selepas mendakwa dia diceraikan dalam keadaan dirinya sedang hamil tiga bulan.

Menurut Linda dia bingung dengan kejadian tersebut kerana tidak mengetahui apakah punca sebenar penceraian itu berlaku.

“Ketika ia berlaku, saya dalam keadaan terpinga-pinga,” katanya seperti yang dilapor Berita Harian Online.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar, 37, berkata dia telah mendapatkan nasihat kakak dan ibunya sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan pengesahan cerai di mahkamah bagi mendapatkan pencerahan tentang hal tersebut.

“Apa yang saya dengar saya memang diceraikan, cuma saya rasa biar mahkamah yang putuskan kerana itu jalan yang terbaik,” ujarnya.

Tambah Linda lagi, dia juga bersedia untuk berdepan dengan apa juga kemungkinan yang bakal dihadapi.

Dalam pada itu, Linda juga meminta supaya suaminya bertanggungjawab dengan tindakan yang dibuat dan jangan menafikannya terutama dengan pihak media.

“Mengaku dan buang ego. Jangan buat seolah-olah saya yang reka cerita. Saya sedih dengan apa yang berlaku,” kata Linda sebak.

Tidak mahu terus memikirkan perkara itu, Linda menganggap semua yang terjadi adalah dugaan hidup dan berharap dia akan terus kuat dan tabah untuk menghadapi hari yang mendatang.

Ditanya adakah beliau sedia kembali menjalani hidup bersama suami sekiranya lafaz cerai itu tidak sah, Linda berkata dia lebih rela menjadi ibu yang mengandung tanpa suami.

“Saya fobia andai ia berlaku lagi. Jujurnya saya sudah tawar hati dengan dia,” katanya pendek.

Terdahulu, Linda Rafar mendakwa suaminya Syed Aiman melafazkan cerai terhadapnya di kediaman mereka di sini kira-kira pukul 7.30 pagi Selasa lalu.

Linda kemudiannya muncul di Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk menyerahkan borang pengesahan lafaz cerai pada Jumaat.

Syed Aiman dan Linda berkahwin pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 6, dan Syed Rezariiq, 3.

Manakala perkawinan pertama Linda adalah bersama Keifli Othman dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Rezaril Keiflin, 14, dan Rezaiman Keiflin, 12.

Sumber: astroawani

via sembang media

Bagaimanapun pada Julai tahun lalu, Rezaimen Keiflin meninggal dunia akibat ketumbuhan kronik dalam perut.