Ambil Gambar Kemas & Bersihkan Rumah Pusaka. Selepas Pulang Baru Perasan Ada SESUATU Dalam Gambar.

Rumah yang sudah lama tidak dihuni berkemungkinan akan dihuni oleh jin.

Namun, tidak semua rumah yang dibiarkan kosong menjadi tempat makhluk halus bertandang. Kita harus sentiasa menjaga rumah dari terus sunyi tanpa penghuni.

Pengguna Facebook, Norul Suhaida Musa berkongsi pengalaman seram rakannya yang baru selesai mengemas rumah ketinggalan arwah ibu di kampung. Selepas mengemas, dia mendapati sesuatu ‘aneh’ dalam foto yang diambil.

SUDAH LAMA TIDAK DIHUNI

Seorang rakan pulang ke kampung halaman bagi membersihkan kawasan rumah peninggalan arwah ibunya di kampung.

Selepas membersihkan sekitar rumah, dia mengambil foto untuk dikongsi bersama adik-beradik yang lain menerusi aplikasi Whatsapp.

APA ITU ?

Selepas gambar itu dikongsi, adik-beradik ini menegur ‘sesuatu’ dalam foto berkenaan. Seperti jelmaan lembaga hitam yang sedang duduk menghadap dinding.

INI SERIUS

Sehingga hari ini masih menjadi persoalan mengenai kewujudan ‘lembaga’ tersebut di dalam rumah itu. Adik-beradik ini bercadang pulang ke kampung dalam masa terdekat bagi meninjau keadaan rumah berkenaan.

Sumber: Myislaminfo

Kenapa Jangan Biarkan Pintu Rumah TERBUKA Waktu Maghrib? Inilah SEBABNYA Yg Ramai BUAT TAK TAHU 

Selalu kita dengar orang-orang tua dulu selalu bagitau jangan main waktu Maghrib, cepat-cepat masuk rumah, dan jangan biar pintu rumah terbuka kan ?

Seorang ustaz dedah puncanya yang buat ramai terkejut. Ramai tak tahu lagi ni. Jom baca dan kongsikan. Sama-sama bermanfaat.

Jin Ummu Sibyan?

Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ini, Ummu Sibyan ini adalah kaum jin dari jantina perempuan yang suka mengganggu bayi dan anak yang berusia kurang dari 2 tahun serta wanita hamil.

Sebab itulah anak-anak yang baru lahir harus diazankan terlebih dahulu agar bayi itu tidak di ikuti oleh jin ini.

Apa Kerja Jin Ummu Sibyan?

Kerja dia tak lain tak bukan adalah Mengganggu bayi yang baru lahir dan anak-anak (biasanya kurang dari 2 tahun) serta wanita yang hamil.

Jin Ummu Sibyan memiliki wajah yang mengerikan dengan mata yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak , Ummu Sibyan juga dapat mengikat rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan.

Seperti yang di ceritakan dalam kisah “jin Ummu Shibyan Dengan Nabi Sulaiman”, jin ini mengatakan ia boleh masuk dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar kaum itu tidak mengandung.

Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil, di waktu janin di dalam kandungannya sedang tumbuh jin ini akan menendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.

Tanda-tanda Bayi Terkena Gangguan Jin Ummu Sibyan

1. Bayi menangis melalak (matanya terbelalak memandang keatas/sudut tertentu)
2. Kanak-anak selalu jatuh seakan-akan ditolak
3. Mengigau sambil mengetip gigi berulang kali
4. Demam panas hanya setelah Asar sampai sebelum Subuh

Hasil Dari Gangguan Diatas Akan Mengakibatkan

1. Sawan tangis
2. Autisme (over hiperaktif)
3. Nakal sangat
4. Terencat akal
5. Pelbagai kompilasi otak

Tanda-tanda Wanita Hamil Terkena Gangguan Jin Ummu Sibyan

1. Rasa sesak dada terutama setelah waktu asar, yang mungkin berlangsung sampai tengah malam
2. Kusut fikiran
3. Sakit di bagian tulang-tulang belakang
4. Mengigau ketika tidur
5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan

Cara Elak Gangguan Ummu Sibyan

1. Tutup Pintu dan jendela rumah waktu Maghrib
2. Jangan angkat atau masukkan baju yang sudah bermalam diluar rumah (jemuran tak kering)

Cara Pengubatan Pada Bayi

Tiarapkan anak, jangan biarkan matanya melihat ke arah itu, baca ayat Qursi dan 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai berhenti menangis.

Halaulah dengan bahasa dan bahasa masing masing seperti contoh (wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku) Insya Allah Ummu Sibyan akan pergi.

Cara Pengubatan Pada Wanita Hamil

Bacakan doa-doa menghindar setan termasuk doa menghindar sihir seperti (surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-Baqarah, surah Ali-Imran dan surah al -Mu’awwizat) pada satu sendok madu asli dan kurma untuk dimakan setiap hari sebelum sarapan.

Bisa juga di bacakan doa doa pada minyak zaitun untuk di oleskan pada bagian dada dahi dan tulang belikat sebelum tidur. KONGSIKAN JIKA BERMANFAAT.

Sumber: Islamidia