Nampak Menggerutu Tapi Mempunyai Rahsia Untuk Cantik Jelita, Jom Baca!!

Rahsia Cantik Jelita Dengan Limau Purut

Jika daun limau purut kerap digunakan untuk mewangikan masakan, buah limau purut pula boleh digunakan untuk kecantikan. Mungkin disebabkan itu buah limau purut cukup sinonim dengan mandi bunga atau mandi wap.

Buah limau purut juga sering digunakan untuk menghasilkan minyak aromaterapi dan dikatakan memiliki pelbagai khasiat. Benarkah? Apa khasiat yang tersembunyi disebalik buah limau purut ini?

Rahsia Cantik Jelita Dengan Limau Purut

Untuk anda yang gemar menggunakan bahan-bahan semulajadi dalam rawatan kecantikan anda, apa kata anda cuba buah limau purut. Di bawah ini NW kongsikan khasiat limau purut.

#Hilangkan bau badan

1) Buah limau purut membantu menghilangkan bau badan dan dalam masa yang sama dapat melembutkan kulit anda.

Caranya anda hanya perlu tambahkan perahan atau pati buah limau purut ke dalam sebesen air dan gunakan air tersebut untuk mandi.

Buah limau purut yang telah dibelah dua juga boleh digosokkan pada kulit, terutamanya di bahagian siku yang kering dan bahagian lutut yang kehitaman untuk memutihkan dan melembabkan kulit.

#Rawat kulit kepala

2) Buah limau purut juga berkhasiat untuk merawat kulit kepala yang bermasalah seperti masalah kelemumur atau kulit kepala kering dan gatal. Rambut yang di cuci dengan air yang dicampurkan jus limau purut akan kelihatan lebih sihat, berbau wangi dan bersinar. Selain itu ia boleh digunakan untuk merawat gigitan serangga dan lebam.

#Gigi Kuning

3) Untuk anda yang menghadapi masalah kekuningan pada gigi pula boleh mencuba petua yang mudah ini. Ambil sedikit garam dan tambahkan dengan daun limau purut yang telah ditumbuk atau dikisar. Kemudian gosokkan pada gigi. Amalkan sehingga masalah kekuningan pada gigi dapat diatasi.

#Pewangi semulajadi

4) Buah limau purut juga boleh digunakan sebagai pewangi semulajadi yang dapat memberikan rasa kesegaran sepanjang hari. Caranya ambil sebiji buah limau purut dan belah dua, kemudian letakkan di ruang di rumah atau pejabat untuk memberikan aroma yang segar

#Kesegaran tubuh

5) Air mandian yang telah dicampurkan dengan perahan buah limau purut juga dapat mengembalikan kesegaran badan anda setelah letih bekerja seharian.

Dah tahu Rahsia Cantik Jelita Dengan Limau Purut jadi bolehlah anda amalkan selepas ini.

Notawanita