JUTAWAN TERLAJAK LARIS Dato’ Aliff Syukri Suarakan Hasratnya Untuk Bantu Siapa Yang Memerlukan Pertolongannya…

INI bukan dalam filem atau khayalan, tetapi jutawan terlajak laris Aliff Syukri menawarkan diri untuk membantu sesiapa yang memerlukan bantuan, sejak 1 Jun lalu.

Dalam facebooknya pada dua hari lalu, sekali lagi beliau menulis: “Sy melihat respon lebih dr 3000org yg memberi komen dr org ramai khususnya rakyat malaysia yg inginkan bantuan dr saya..
saya dengan senang hati ingin memilih beberapa pihak yang memerlukn bantuan saya.. Mengikut kriteria yg spatutnya diberi bantuan..”

Mungkin agaknya wang tajaan RM30 juta yang ditolak oleh Persatuan Bola Sepak Kedah boleh disalurkan untuk memberi bantuan kepada orang ramai.

Jika RM10,000 diberikan kepada 3,000 yang membuat permohonanan, baru habis RM30,000 dan ini tidak menjejaskan sedikit pun wang jutawan muda itu.

“Siapa yang inginkan bantuan, boleh terus hubungi dan maklumkan mengapa dan sebb anda anda layak diberi bantuan oleh saya..,” tulisnya lagi.


.bashah alif

Begitupun, beliau mahukan memberi kepada mereka yang sepatutnya dibantu, bukan kepada orang yang tidak perlu dibantu.

“Sekiranya saya rasa sssiapa yg betul2 memerlukan bantuan, insyaAllah saya akan cuba untuk membantu dengan memberikan bantuan kepada pelajar,janda,asnaf dan mereka yg memerlukan..,” tulisnya.
.
Utk maklumat lanjut hubungi pejabat Alif Syukri di talian 03-61562037, pihaknya akan memilih mereka yang betul2 memerlukan dan pihaknya akan memulakan misi ini pada 14hb -16 Jun 2016 ..

Biasanya orang kaya yang nak membantu akan dikenakan syarat, tetapi jutawan anak Kedah ini hanya mahukan: “Sy tak minta lebih dr anda smua .. Sy hanya minta Share kan dan tag kepada org yg memerlukan utk saya bantu mereka megurangkan beban yg tanggung..,” tulisnya.

SUMBER

LAGI PERTOLONGAN DATO ALIFF ..
ALIFF SYUKRI TAMPIL BANTU INTAN-
‘INSYAALLAH SAYA AKAN TOLONG AWAK’

Baru saja dimuat naik sejam yang lalu, namun sokongan netizen terhadap usaha pengasas D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri yang mahu membantu isteri pertama Ude, Intan Liana Saleh, menerima pelbagai reaksi positif.

Dalam kenyataannya itu, Aliff Syukri berkata dia akan membantu Intan agar lebih yakin melalui kehidupannya di masa akan datang.

“Sabarlah, insyaAllah saya akan tolong awak okay? Sabar.

“Siapa sokong ibu ini, tolong komen di bawah (ruangan komen). Kalau ramai yang komen ‘I sokong’ lebih dari 1,000 orang, insyaAllah saya akan usahakan untuk beliau menjadi lebih yakin melalui kehidupan di masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, netizen turut memanjatkan rasa bersyukur kerana Aliff Syukri sudi membantu Intan yang dilaporkan bakal diceraikan oleh suaminya atas alasan sudah tiada hati untuk terus bersama.

“Alhamdulillah terima kasih Dato’. Saya sokong Dato’ tolong dia. Murah rezeki Dato’ menolong insan yang teraniaya,” kata Siti Norasniza.

“Saya sokong, berikanlah dia rezeki untuk anak-anaknya dan dirinya. Amin,” kata Eliza Hayati.

“I sokong sangat-sangat. Intan, awak mempunyai hati yang cantik. Jangan lemah tau, pasti ada yang terbaik untuk awak,” kata Fiyya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Intan bakal diceraikan oleh suaminya yang telah memfailkan permohonan cerai di mahkamah.

Sumber: iamkiram

Netizen Berterima Kasih & Gembira Datin Seri Shahida Jumpa Intan Liyana!

Nampaknya beberapa jam yang lalu isteri kepada pengasas D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri telah mencuri perhatian netizen.

Mana tidaknya, dalam kesibukannya dia sempat berjumpa dengan Intan Liyana, madu kepada pelakon Izreen Azminda dan juga isteri pertama kepada pemuzik bebas Ude yang sedang hangat diperkatakan.

Apa yang menarik perhatian, Shahida sempat memuji Intan yang sering terpalit dengan pelbagai kontroversi rumah tangga.

“Alhamdulillah berkesempatan jumpa @__iiiintvnroxs yg sangat positif… sebaik2 wanita dia ni.…” tulisnya di ruangan kapsyen.

Hmmm perkara ini membuatkan MH tertanya-tanya adakah Shahida atau Abang Terlajak Laris mempunyai apa-apa projek terbaru bersama Intan?

Wah kalau benar, bertuah Intan! Bukan senang peluang seperti ini datang kepada kita.

Apapun, ramai yang berterima kasih kepada Shahida kerana begitu prihatin dengan keadaan Intan dan segera mendekatinya untuk memberi semangat.

..

..

Sumber: Mediahiburan