Wowww..Nita Hamzah Pilih Anak Ikan 8 Tahun Lebih Muda Sebagai Suami

Bekas naib juara Malaysian Idol musim kedua, Nita Hamzah, 38 bakal mengakhiri zaman bujang beliau dengan jejaka pilihan, Mohd. Fareez Shamsul Bahari, 30 pada 29 April depan yang akan diadakan di Selayang, Selangor dengan secara sederhana.

Nita Hamzah Pilih Anak Ikan 8 Tahun Lebih Muda Sebagai Suami

Pasangan berkenaan hanya mengundang ahli keluarga terdekat serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak sahaja untuk majlis pernikahan.

“Untuk majlis pernikahan, saya sekadar menjemput tidak lebih 500 tetamu sahaja. Tempat pun terhad, jadi tak boleh ramai-ramai, nanti padat sangat macam sardin,”kata Nita kepada Utusan Online.

Menurut Nita, beliau meluahkan rasa syukur apabila akhirnya majlis yang dirancang dapat dilaksanakan dan berharap segalanya berjalan dengan lancar serta dipermudahkan. Hangat.com senantiasa mendoakan yang baik-baik untuk Nita dan bakal suami.

“Memang gementar tetapi nak tak nak, inilah yang saya dan Fareez mahukan. Jadi, harap urusan dipermudahkan,” ujar penyanyi wanita tersebut.

Tambah Nita lagi, meskipun Fareez lapan tahun lebih muda daripada dirinya namun dia tidak melihat jarak usia antara mereka sebagai satu halangan untuk mengecap bahagia sebagai pasangan suami isteri.

“Paling penting adalah restu keluarga daripada kedua-dua belah pihak,” tambah Nita.

Nita dan Fareez bertunang pada 13 Ogos tahun lepas dan pasangan ini sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Februari lalu namun terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dielakkan. Hangat.com mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Nita dan semoga berkekalan sehingga Jannah, aamiin!

Berita Pertunangan Nita sebelum ini, pada 13 Ogos 2017
Sekian Lama Menyepi, Nita Malaysian Idol Bakal Bertunang Ahad Ini
Sudah lama tidak mendengar berita mengenai Naib Juara Malaysian Idol 2005 , Norhanita Hamzah atau lebih dikenali sebagai Nita Hamzah.

Penyanyi tinggi lampai yang dikenali menerusi rancangan realiti itu dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang pemuda yang berusia 8 tahun lebih muda daripada beliau

” Kami sudah kenal hampir 4 tahun. Walapun lebih muda daripada saya , tetapi beliau bersikap sangat matang dan kesungguhan beliau membuatkan saya percaya dengannya “

Malah pada ahad ini, 13 Ogos, Nita bakal bertunang dengan pemuda yang dikenali sebagai Mohd Fareez Shamsul Bahari, 29.

 

Nita Hamzah Pilih Anak Ikan 8 Tahun Lebih Muda Sebagai SuamiNita Hamzah Pilih Anak Ikan 8 Tahun Lebih Muda Sebagai SuamiNita Hamzah Pilih Anak Ikan 8 Tahun Lebih Muda Sebagai Suami

Pada mulanya, Nita menyangka Fareez hanya ingin merisik beliau, tetapi pemuda tersebut telah menyatakan hasrat untuk bertunang.

” Majlis tertutup akan diadakan di rumah keluarga saya dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat “

Ujar Nita yang turut berhasrat untuk melangsungkan majlis perkahwinanya secepat yang mungkin.