(Video) Anak Azad Jazmin Jawab Soalan Dalam Bahasa Tamil, Berdekah Nabil Dan Neelofa Ketawa!

Загрузка...

Baru-baru ini pihak MeleTOP telah menjemput pasangan selebriti, Azad Jazmin dan Eira Syazira bersama anak sulung mereka, Amarra Sofea Rose.

Di awal rancangan, pihak MeleTOP ada memuat naik video Amarra bersama Azad di ruangan Instagram mereka.

Lucunya aksi Amarra yang berbahasa tamil bersama bapanya mencuit hati netizen.

Tidak hanya itu, ketika di sesi temubual, kanak-kanak berusia lima tahun itu turut membalas pertanyaan pengacara Neelofa dan Nabil menggunakan bahasa Tamil. Berdekah Nabil dan Neelofa mendengar jawapan Amarra!

Rupanya di sebalik percakapan Tamil anak beranak itu, Azad mendedahkan bahawa Amarra sebenarnya tidak memahami perkataan yang disebutnya! (Minit ke 5:00)

Amarra dilahirkan pada 11 Januari 2013 di hospital Columbia Asia, Puchong. Difahamkan nama Amarra diambil sempena nama ibu Azad dan ibu Eira Syazira.

Sumber Youtube MeleTOP, KisahDunia

Загрузка...