‘Tengok Boleh Sentuh Jangan’ – Amar Baharin Tak Bagi Anak Dicium Atau Disentuh Orang!! Mcm Anak Awak Comel Pun,Org Bodoh Aje Nk Cium Peluk Anak Org,DS Siti Pun Tak Sombong Mcm Awak!!

MH pasti ramai di antara korang yang suka dengan anak kecil lebih-lebih lagi yang masih bayi.
Kecomelan bayi yang masih kecil ini boleh membuatkan kita berasa geram dan kalau boleh pipi mulus mereka mahu dicium sepuasnya.

Namun begitu, antibodi bayi yang masih kecil tidak kuat seperti orang dewasa dan sangat mudah tededah dengan kuman.

Baru-baru ini, MH ada terlihat pelakon, Amar Baharin telah memuat naik satu screenshot daripada portal website Pa&Ma di Instagram berhubung satu artikel tentang seorang bayi terkena jangkitan paru-paru sehingga terpaksa dibuang sebelah paru-paru malah jangkitan kuman tersebut telah mengakibatkan tulang belakangya bengkok selepas dicium oleh individu yang dalam keadaan kurang sihat.

Melihat screenshot yang dikongsi oleh Amar telah membuatkan hati MH sebak dan simpati terhadap bayi tersebut yang terpaksa menanggung penderitaan tersebut.

Pada ruang kapsyen, Amar telah meluahkan rasa marah dan geram terhadap individu yang mengakibatkan bayi tersebut sakit sedemikian rupa malah pelakon ini juga berharap walau secomel mana pun bayi yang kita lihat, tidak perlulah kita mencium atau menyentuh bayi itu kerana dikhuatiri perkara sebegini akan terjadi.

 

Sumber: Instagram Amar Baharin