Telur Misteri. Apabila telur ini menetas, alangkah terkejut apabila melihat rupanya – rupanya…

Загрузка...

Terdapat banyak spesies flora dan fauna di dalam dunia ini yang masih belum ditemui dan dikenali seperti telur yang dijumpai oleh pemuda ini di hutan.

Pemuda ini menemui satu spesies unik yang berupa seperti telur burung yang aneh dan misteri. Dengan menyangka ia telur dari seekor burung, pemuda ini memerhati perkembangan telur tersebut. Alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati yang spesies ini bukan dari burung tetapi dari spesies tumbuhan.

Auto Draft

 

Tumbuhan ini berasal dari Australia dan ia juga ditemui di New Zealand dan Tasmania.

Untuk pengetahuan anda, spesies tumbuhan ini adalah satu spesies dari keluarga cendawan. Tumbuhan ini dikenali sebagai ‘Devil’s Finger‘ atau ‘Octopus Stinkhorn’ atau nama saintifiknya ‘Clathrus Archeri’.

Apabila ia masih berada dalam benihnya, rupanya seperti sebiji telur burung

Auto Draft

Tidak seperti spesies cendawan yang lain yang akan tumbuh dari penyebaran spora, ‘Devil’s Finger’ akan tumbuh dengan keluar dari telur tersebut dan tidak akan tumbuh di atas tanah

 

Auto Draft

Biasanya antara 4 hingga 8 sesungut akan keluar menjalar dari telur tersebut. Dan apa yang paling aneh dan luarbiasa, tumbuhan ini tidak langsung mempunyai rupa seperti cendawan yang biasa atau tumbuhan aneh lain yang biasa kita lihat. Spesis ‘Devil’s Finger’  adalah antara yang terpelik di dunia.

Auto Draft

Warna tumbuhan ini yang sangat menarik, berupaya menarik perhatian lalat yang akan menyebarkan benih dari spora tumbuhan ini.

Auto Draft

 

Menurut Encyclopedia of Life, apabila ‘Devil’s Finger’ ini masih lagi di dalam telurnya, ia boleh dimakan. Tetapi  ia tidak boleh dimakan apabila telah menetas dari telurnya.

Apabila anda mahu memakannya, makanlah semasa ia masih di dalam telur dengan masa yang sesuai.

Auto Draft

Amat ajaib apabila melihat spesies cendawan yang luar biasa ini. Bagai melihat tumbuhan pelik dari planet lain!

Auto Draft

Mari lihat video dengan info menarik di bawah.

Era Baru

Загрузка...