Selepas DiKecam Kerana Kedai roti tutup, Ini komen Mahathir paling pedas kepada Najib…Memang Padu!

PETALING JAYA – “Kalau Datuk Seri Najib Tun Razak tidak jadi Perdana Menteri dan ekonomi kita ini baik, The Loaf mampu hidup dan untung,” katanya Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau menegaskan, jika negara sedang menghadapi masalah ekonomi, bukan sahaja The Loaf bahkan banyak kedai lain akan ‘tutup’ operasi dan lebih buruk lagi apabila ramai pelabur ‘lari’ dari Malaysia.

“Ini bila kita ambil Najib jadi Perdana Menteri, negara menghadapi masalah ekonomi, bukan saja Loaf, banyak kedai lain tutup, kedai besar pun sudah tutup

“Ramai pelabur asing telah lari, tutup industri, jadi bukan saja The Loaf, orang lain pun kena,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S. Vell Paari pada Isnin yang mempersoalkan kredibiliti Mahathir untuk menyelamatkan Malaysia dalam tempoh 100 hari memandangkan kedai roti milikinya gagal diselamatkan.

Kedai roti premium, The Loaf, milik Mahathir menutup perniagaannya selepas 12 tahun beroperasi menerusi satu notis dimuatnaik di media sosial bertarikh 9 April lalu yang ditujukan khusus untuk pelanggan mereka.

Notis itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab ia ditutup sebaliknya hanya berkata berpuas hati berjaya mencapai objektif utamanya

The Loaf diuruskan oleh M&M Consolidated Sdn Bhd, usaha sama di antara Dr Mahathir dan Motoko Resources Sdn Bhd.

Mahathir memiliki 51 peratus kepentingan dalam syarikat itu.

Katanya lagi, jika pemimpin MIC itu mahu melihat The Loaf kembali beroperasi seperti biasa, Najib perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Kalau nak betulkan balik, saya fikir lebih baik Najib letak jawatan. Tak payah bertanding, awak tak layak,” katanya lagi. – MalaysiaGazette