Sebak Dan Sedih, Meleleh Air Mata Saya!” – Filem Pendek Lakonan Intan Liana Dan Aliff Syukri Bikin Netizen Sebak!

Загрузка...

Alhamdulilah selepas menerima tawaran menjadi model tudung dan pakaian, Intan Liana Salleh sekali lagi disunting untuk menjadi pelakon.

Berita gembira berkenaan dikongsi sendiri oleh Datuk Aliff di laman Instagramnya apabila dia memuat naik gambar dirinya dan Intan di salah sebuah lokasi pengambaraan filem pendek berkenaan.

Filem berkenaan yang bertajuk ‘Akur’ mendapat hampir 300k tontonan daripada warga Facebook sejak dimuat naik Jumaat yang lalu.

Rata-rata sayu menonton drama berkenaan, bahkan ramai yang memberikan kata-kata semangat buat ibu dua anak itu.

Tidak hanya itu, filem berdurasi hampir 6 minit itu turut menampilkan Datuk Aliff Syukri sebagai watak sampingan.

Walau bagaimanapun berbeza dengan fiem-filem yang pernah dilakoninya, aksi Datuk Aliff dalam filem Akur mendapat pujian netizen.

Rata-rata memuji skill lakonan Datuk Aliff yang nampak professional, malah ada juga yang mendakwa watak yang dipegang usahawan itu bersesuaian dengan dirinya.

Sumber Facebook Aliff Syukri via KisahDunia

Загрузка...