Rebus Dan Minum Air Daun Mulberry Untuk Pencegahan Diabetes & Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi!

Perkongsian oleh Nia Aela,

Hari ini kita minum air rebusan daun Mulberry. Banyak khasiat untuk daun ni. Nanti kalau nak tahu detail boleh carik encik gugel. Sesiapa yang ada pokok Mulberry kat area umah tu. Jangan buang atau tebang begitu sahaja. Amik daunnya jemur sampai kering pastu rebus minum ya. Siapa yang selalu sakit urat sakit badan cubalah ya. Ni saya sharekan sahaja.

nota KTJ : petua dan amalan tradisional ini boleh di amalkan tanpa meninggalkan ubat doktor.

*********************************************************************************************

KHASIAT DAUN MULBERRY

*Daun Mulberry* ini adalah ideal untuk membantu mengatasi atau
mengurangkan penyakit berikut :

1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)

2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah

3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi

4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung

5. Membantu dalam kehilangan berat badan

6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk

7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda

8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang
tinggi

9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan

10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid

11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur

12. Menambahkan tenaga

13. *Meningkatkan produksi susu badan*

14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan
hipertensi

15. Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C,
asid folik, potassium yang amat diperlukan

16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser
(antioksidan)

 

SUMBER : blogtokwan via FB Keluarga Till Jannah