Orang Perempuan Kalau Umur Dah Masuk 30 Jom La Amalkan Petua Ni..baru La Nampak Muda Selalu

Jangan biarkan wajah kelihatan tua sebelum waktunya. Kebiasaanya kaum wanita cukup sensetif dengan ini. Oleh itu, jika ingin melambatkan wajah anda nampak berusia ada baiknya persiapkan diri dengan mengamalkan petua, lebih-lebih lagi bila usia telah mencecah 30 tahun ke atas.

Mengikut kajian Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), anda boleh melambatkan proses penuaan wajah dengan memanfaatkan khasiat pucuk daun gajus.Terdapat 2 kaedah yang boleh anda amalkan untuk kelihatan awet muda dengan pucuk gajus ini iaitu:

1. Makan begitu saja

– Anda ambil pucuk gajus dan bersihkannya.

– Jadikan pucuk gajus ni sebagai ulam-ulaman semasa makan tengahari atau malam.2. Minum air rebusan

– Ambil segenggam pucuk gajus dan bersihkan.

– Rebus pucuk gajus tadi sehingga mendidih.

– Bila dah mendidih, anda biarkan ia suam dan minumlah air rebusan tersebut.

Anda boleh mengamalkan minum air rebusan ni setiap hari jika terdaya. Sebabnya ia bukan setakat untuk awet muda, malah baik untuk kesegaran tubuh badan, merendahkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kencing manis.

Moga anda nampak lebih muda daripada biasa.Selain itu, ada lagi 5 petua awet muda yang telah dikongsikan oleh Nurul Fazilah Tajuddin.

Petua Awet Muda

1. Selepas bangun daripada tidur, amalkan minum air suam segelas dan selawat sebanyak tiga kali. Amalkan ia setiap hari selepas bangun tidur. Insya-Allah muka anda akan kelihatan berseri-seri setiap hari.

2. Ambil pucuk gajus, bersihkan ia dan makan tanpa direbus. Anda juga boleh meminum air rebusan pucuk gajus tersebut untuk kelihatan awet muda.

3. Anda boleh gunakan kedua-dua jari telunjuk kedua-dua belah tangan anda dan letakkan di dagu. Pusingkan-pusingkan jari anda mengikut arah jam sehingga ke pipi anda dan seterusnya ke hidung anda dan akhir sekali hingga ke dahi anda.Kemudian minum air suam sebelum mengambil sarapan. Diingatkan kepada anda supaya jangan sesekali mengurut dari dahi ke bawah kerana ia mempercepatkan proses kedutan.

4. Makan daun pudina mentah setiap hari atau anda boleh jadikan ia sebagai ulam ketika makan nasi. Amalkan makan daun ini selalu untuk kelihatan muda dan berseri-seri setiap hari.

5. Kupas sengkuang dan kisar bersama kunyit serta beras yang telah direndam sebelumnya. Sapukan pada kulit muka anda setiap hari dan lihat hasilnya.
 Sumber: Petua Ibu