Mual Mencium Bau Daging ,, Ibu Hamil Ini “Hanya Makan Sayur dan Buah” Selama Hamil !! Sewaktu Melahirkan, Semua Jururawat Tercengang Melihat “Kondisi” Anaknya!

Lain halnya dengan kebanyakan ibu yang nafsu makannya meningkat setelah lewat trimester pertama, ibu ini terus mengalami mual-mual, sehingga selama hamil ia hanya bisa makan sayur dan buah-buahan serta karbohidrat seperti nasi maupun roti. Untungnya, sang ibu mertua sangat pengertian dan tidak memaksa ibu ini untuk makan daging, melainkan menyulap sayur dan buah-buahan menjadi berbagai jenis hidangan yang lezat, seperti bubur sayur-sayuran, yoghurt aneka buah, kue apel dan pisang, tim nanas dan lainnya, sehingga nafsu makan ibu ini tetap terjaga.

Meskipun tak mendapatkan asupan protein tinggi dari daging-dagingan, namun setiap kali ibu ini pergi mengecek kandungan, dokter selalu mengatakan bahwa kandungannya tumbuh dengan normal.

Bahkan ketika ibu ini melahirkan, suster yang menangani persalinan terkejut melihat kondisi sang anak. “Wahh! Anak ibu sehat banget nih! Gemuk dan rambutnya hitam tebal berkilau!”ujar seorang suster. Suster lainnya mengangguk-angguk tanya setuju. Mereka tak menyangka bahwa anak yang ibunya hanya makan buah dan sayur-sayuran bisa lahir dengan kondisi prima seperti itu.

Sobat Cerpen, meskipun buah-buahan baik dikonsumsi selama kehamilan, namun perlu perlu perhatikan untuk memilih jenis buah yang dikonsumsi, serta membatasi agar tidak mengkonsumsinya dalam jumlah yang kelewat batas karena beberapa jenis buah mengandung gula yang tinggi sehingga bisa mengakibatkan diabetes.

Perlu diingat, kasus diatas adalah kasus khusus dimana ibu tersebut bukan dengan sengaja tidak mau mengkonsumsi daging. Jangan coba-coba hanya mengkonsumsi sayur dan buah tanpa dipantau dan atas seijin dokter yah!

Makanan yang kita makan setiap hari akan menjadi darah daging kita. Selain makan untuk hidup, makanan juga menjadi asas penting membentuk kesihatan kita. Kebanyakan anak kecil mempunyai masalah cerewet makan. Secara asasnya tabiat pemakanan yang sihat perlu bermula daripada ibu bapa di rumah lagi. Anak-anak meniru tabiat pemakanan ibu dan ayah, jadi pastikan anda mengamalkan pemakanan sihat jika mahu anak tidak cerewet makan dan suka makanan yang sihat.

1. Perkenalkan piramid makanan

Berapa ramai di antara kita yang faham tentang keperluan pengambilan makanan mengikut piramid makanan seimbang? Kebanyakan kita tidak peka terhadap keperluan zat makanan yang kita makan setiap hari. Apa kata anda ajar anak tentang piramid makanan dan keperluan makanan mengikut kategori seperti karbohidrat, protein, kalsium, sayuran dan buah-buahan dan sebagainya. Apabila mereka faham tentang apa fungsi setiap kumpulan makanan itu mudahlah untuk anda menggalakkan mereka makan makanan yang seimbang.

2. Jangan perkenalkan ‘jajan’

‘Jajan’ atau makanan ringan memang menjadi kesukaan kebanyakan kanak-kanak tetapi ia adalah musuh utama ibu bapa. Ramai ibu bapa tidak menggalakkan anak makan ‘jajan’ kerana ia tidak berkhasiat. Namun kadang kala ada orang luar yang memberikan anak anda makanan tersebut tanpa disedari atau ada juga ibu bapa yang memang membiasakan anak dengan ‘jajan’ kerana tidak mahu anak mengamuk. Ia satu tindakan yang salah kerana apabila sudah mendedahkan mereka dengan ‘jajan’ sejak kecil lagi maka mereka akan lebh gemar makan makanan tersebut bebanding makanan berkhasiat.

3. Mesti sarapan pagi

Jangan jadikan waktu pagi yang sibuk sebagai alasan tidak bersarapan. Biasakan anak makan sarapan pagi walaupun sekadar minum susu dan makan roti. Sarapan pagi disarankan agar keperluan kalori yang menjana tenaga anak dapat disediakan. Biasakan anak mengambil sarapan pagi sejak awal usia lagi.

4. Banyakkan minum air masak

Air sangat diperlukan dalam badan manusia. Biasanya anak kecil tidak suka minum air terutama air masak. Oleh kerana mereka sangat aktif maka golongan kanak-kanak mudah terkena dehidrasi. Ajar anak anda biasa minum air masak dalam kuantiti yang banyak sejak kecil lagi. Beritahu mereka mengapa semua orang perlu minum air masak. Jika boleh tunjukkan atau beritahu kesan buruk yang bakal diperoleh jika kurang minum air masak.

Mesti baca: Menu Terbaik Untuk Sarapan

5. Katakan tidak pada air manis

Anak kecil tidak tahu tentang minuman manis dan berperisa seperti air berkarbonat, minuman kotak dan sebagainya yang manis jika tidak diperkenalkan oleh orang dewasa. Minuman ini tinggi kandungan gulanya dan tidak sesuai untuk kanak-kanak. Gula yang tinggi boleh menyebabkan mereka menjadi hiperaktif dan tidak fokus kepada sesuatu perkara.

6. Biasakan kudapan berkhasiat

Ibu perlu kreatif menyediakan makanan sihat untuk anak. Kalau anak cerewet untuk makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan sebagainya lagi, maka pelbagaikan cara penyediaan makanan tersebut agar menjadi makanan yang menarik kepada kanak-kanak. Misalnya anda boleh membuat sendiri kudapan seperti kerepek ubi keledek, kentang, sayur bayam, ais krim oreo, smoothies buah-buahan dan sebagainya lagi bagi menggantikan makanan/minuman ringan yang dijual di luar.

7. Galak anak aktif

Biasakan anak-anak aktif bermain di luar rumah berbanding hanya terperap menonton televisyen atau bermain permainan video di dalam rumah ambil mengunyah makanan ringan. Anak yang aktif akan lebih bertenaga dan sihat kerana ketika bermain mereka mengeluarkan peluh.