Laungan azan sebagai ‘intro’ tarian separuh bogel..pengulas sukan terkejut, kesal dan sedih

Hari ‘Punish A Muslim Day’ yang berlangsung awal bulan ini melihatkan perbuatan yang tidak senonoh dan tidak bermoral yang dilakukan oleh orang bukan Islam untuk menyakiti orang Islam. Ia juga seolah-olah seperti sebuah filem antarabangsa, The Purge apabila flyer diedarkan kepada orang ramai untuk menyertai beberapa aktiviti yang kurang sopan bagi menghangatkan lagi suasana.

Lebih menyedihkan apabila perbuatan-perbuatan tersebut turut diberikan markah kepada pelaku. Berikutan itu, pihak polis telah mengambil langkah berjaga-jaga pada hari tersebut.
Penyebaran ‘flyer’ kepada orang bukan Islam.

Terbaru, pengulas sukan Astro Arena, Akbar Saharie telah memuat naik sebuah video di laman Instagramnya  ketika beliau bercuti di Australia. Video berkenaan menunjukkan laungan Azan hanyalah sebagai intro persembahan tarian separuh bogel yang diadakan di kahalayak ramai.

akbarsaharie BIADAP! Sungguh biadap!! .

Azan digunakan sbg muzik intro persembahan separuh bogel!! .

Pada awalnya saya kagum apabila pertama kali dgr laungan azan di speaker di tgh pentas di tengah2 pekan kecil di Broadbeach. Tapi pelik kerana waktu masih awal dan belum masuk waktu Zohor. Rupanya ia jadi muzik/intro pembuka persembahan tarian 5 lelaki separuh bogel di atas pentas. Saya sangat marah dan kesal dgn rasa tidak hormat kerajaan tempatan membiarkan artis mereka ini menghina agama Islam.. Laknatlah engkau wahai kaum kafir!!! ————-
I was on my way to work to the IBC when I heard the Muslim call to prayers a.k.a. azan.. I thought it was a genuine call but was shocked and disgusted to find that it was used as intro ‘music’ to a bunch of half naked amateur performers. Confused on how this was approved or overlooked, especially when it was on one of the Festival 2018 stage in conjuction with the on going Commonwealth Games. The games as Propogated have always been about unity and this was definitely insulting. The Azan is not a prop song for your own self-obsessed entertainment. It plays a significant part in more than 1.5 billion people’s lives around the world.
@queensland @gc2018 #antitoantiIslam#janganpersendaagamaku #dakwah#pleaserespectIslam

Menerusi video tersebut, kedengaran azan sedang dilaungkan diawal persembahan, namun ia hanya beberapa saat sahaja sebelum tarian separuh bodel dimulakan. Akbar juga berasa kesal kerana sesetengah pihak tidak menghormati azan yang memainkan peranan penting dalam Islam.