Kritik Tetamu Berbadan Besar, Pengulas Fesyen Bertemu Buku Dengan Ruas

Загрузка...

“Selama ni, ingat makcik dan pakcik bawang paling dahsyat! Rupa-rupanya nenek bawang lagi dahsyat!!”

Pengkritik dan pengulas fesyen tempatan, Zaihani Mohd Zain menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap tetamu berbadan besar yang hadir ke acara pertunjukan fesyen.
Menerusi status di laman Facebook peribadi milik Zaihani yang tular di laman sosial, dia menasihati individu yang memiliki berat badan melebihi 60 kilogram tidak sepatutnya menghadiri acara sedemikian.
Kritik Tetamu Berbadan Besar, Pengulas Fesyen Bertemu Buku Dengan Ruas

“Kalau berat badan melebihi 60kg, tak payahlah datang, sebabnya paha awak tu melimpah kat kerusi sebelah kiri dan kanan awak.
“It’s so awkward and uncomfortable for the persons seated next to you!!!” tulis Zaihani di Facebooknya baru-baru ini.

Pandangan peribadi Zaihani itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang dalam kalangan kenalan mahupun pereka fesyen tempatan.
Ibukota kini sedang meriah dengan pelbagai acara pertunjukan fesyen sempena mempromosi busana Aidilfitri daripada pelbagai pereka fesyen tempatan.
Kritik Tetamu Berbadan Besar, Pengulas Fesyen Bertemu Buku Dengan Ruas
Manakala, kredibiliti Zaihani sebagai pengulas, pengkritik dan sosialit fesyen tidak perlu disangkal lagi.
Malah, Zaihani juga dilantik sebagai guru yang memantau kreativiti dan teknikal peserta dalam rancangan realiti pencarian bakat pereka fesyen tempatan, Gen F.
Jawapan netizen yang disifatkan umpama buku bertemu ruas
Kritik Tetamu Berbadan Besar, Pengulas Fesyen Bertemu Buku Dengan Ruas

Sumber: gempak.com

.
.

Terkilan Dengan Kenyataan Pengkritik Fesyen Tempatan, Ini Luahan Sayu Syanie

 

“Kerana mentality seperti inilah yang membuat orang berbadan besar rasa rendah diri dan selalu kurang keyakinan diri. Don’t look down on US, we deserve some respect.”

Nama pelakon Syanie Hisham yang popular menerusi filem Senario The Movie pernah meniti di bibir peminat komedi. Bagaimanapun, kini dia mula berubah angin untuk fokus dalam bidang perniagaan online pula.

Malah, dia antara pelakon Malaysia yang boleh dikelaskan sebagai pelakon berbadan besar. Terbaru, hangat diperkatakan netizen mengenai kenyataan Zaihani Zain mengenai individu melebihi 60 kg tidak dibenarkan menonton peragaan.

Ini respon Syanie Hisham terhadap kenyataan pengkritik fesyen tersebut. Perghhh…

Rasa terkilan dan sedih

Terkilan Dengan Kenyataan Pengkritik Fesyen Tempatan, Ini Luahan Sayu Syanie

Terkilan Dengan Kenyataan Pengkritik Fesyen Tempatan, Ini Luahan Sayu Syanie

 Rasa terpanggil untuk bersuara…terkejut dan terkilan membaca apa yang telah dikatakan. I have always respected you kak @zaihanimzain not juz as someone older but as a PERSON. But what you said in your caption is uncalled for and disrespectful towards people like ME and people in the #plussize category. There’s a saying “If you don’t have anything nice to say, don’t say anything at all” you should have juz kept your thoughts to yourself. But then again..how could you even THINK of such a thing.

Pelakon ini mengakui dirinya pernah menghormati pengkritik fesyen tempatan ini kerana memandangnya seseorang individu yang bertaraf dan berjaya. Tetapi dia agak kecewa dan terkilan apabila terbaca kenyataan Zaihani Zain terhadap individu berbadan besar seperti dirinya.

Adakah kita cukup sempurna?

Terkilan Dengan Kenyataan Pengkritik Fesyen Tempatan, Ini Luahan Sayu Syanie

 Allah jadikan manusia atas dunia ni berbeza-beza…adakah kita ni cukup sempurna yang memberikan kita HAK untuk mengata atau mengutuk orang yang berbeza dari kita? Kenyataan/caption beliau ibarat menafikan hak dan menindas orang berbadan besar untuk bersama-sama dalam apa-apa acara atau hidup bermasyarakat. Don’t spread such hatred. Kerana mentality seperti inilah yang membuat orang berbadan besar rasa rendah diri dan selalu kurang keyakinan diri. Don’t look down on US, we deserve some respect.

Syanie juga menyuarakan pendapat untuk masyarakat tidak memandang rendah terhadap individu berbadan besar. Golongan ini juga memerlukan penghormatan bukan sekadar penghinaan terhadap mereka.

Sumber: Instagram Syanie Hisham/ohbulan.com

Загрузка...