Kontroversi Lagi – ‘Halalkah Ubat Yang Kita Guna & Makan?’ – Dikecam Buang Ubat, Ini Respon Suhaimi Saad

Pernah popular bersama kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad kini khabarnya sudah bergerak solo dibawah pengurusan sendiri. Di Facebook, Suhaimi aktif berkongsi perkembangan terkini bersama pengikutnya.

Terbaru, dia dikecam hebat ahli perubatan selepas memuatnaik status mengenai rawatan yang diterimanya di hospital. Apa yang membuatkan orang ramai marah apabila Suhaimi bertindak membuang ubat ke dalam tong sampah.

Buang Ubat

Abah sebenarnya tak kisah dengan makhluk2 yang anti mahupun allergik bila dengar ubat hospital. Pada abah, ini adalah sesuatu yang bagus. Ibarat social cleansing, manusia2 yang kufur nikmat elok saja kita biarkan. Macam minah yang kabor Chemo membunuh manusia itu hari. Itu pon pasal dia masih self denial sebab tak boleh terima adik dia meninggal sebab chemo. Agaknya kalau meninggal tercekik bihun, dia nampak kedai bihun pon dia baling selipar.

Yang ni pulak kes artis sendu yang bangga kabor kat fb bahawa beliau telah campak ubat yang diberi oleh pihak hospital ke dalam tong sampah. Engkorang mana kenal In Team, korang kenal Aiman Tino ngan cumi cumi je. Abah sedikit kecewa, pasal dulu masa zaman2 abah kurus dan muda belia, abah slalu kasi lagu2 yang beliau nyanyi kat awek sambil berangan “ayah ibu merestui menyarung cincin di jari dengan rahmat dari Illahi cinta kita pun bersemi” diiringi ucapan kasih kasihan dalam surat ditabur bedak.

Abah rasa terkilan kerana seorang public figure yang bawak watak alim begini menunjukkan contoh yang tak baik kepada masyarakat. Membuang ubat adalah satu pembaziran. Biarpun kau bayar singgit je, tapi ubat yang kau dapat tu nilainya kadang2 cecah ratusan malahan ribuan ringgit. Bila ditegur, katanya misi paksa jugak terima ubat. Tahukah sedara sedari, sekiranya engko tanak ambil ubat, angkat kaki je lah lepas check up. Tak payah pegi ke farmasi. Atau kau ada option kedua, letakkan ubat tu smula ke dalam kotak pemulangan ubat yang disediakan di situ. Atau option ketiga, kau tak payah cerita kat orang.

Ini bila doktor makan karipap waktu kerja kau melalak kabor doktor tak buat kerja. Bila misi tertido waktu kerja, kau melalak dalam fb kabor misi makan gaji buta. Bila kau buang ubat dalam tong sampah, kau melalak penuh bangga pulak sumpah aku tak paham apa masalah orang mcm ni. Lepas tu kau salahkan kerajaan.

Beginilah, kalau rasa taknak makan ubat hospital, teruskan. Yelah ubat hospital kan ada babi. Cuma jangan buang ubat, ada yang lebih perlukan ubat tu.

#skuadpenggunabijakmalaysia
#skuadpenggunabijakbrunei
#skuadpenggunabijaksingapore
#skuadpenggunabijakindonesia
#skuadpenggunabijakborneo
#skuadantikilo
#skuadantisampah
#kiloVengers
#biarhodohasaltakbodoh