Kerana Netizen Suka Kecam Little Miss Khan,Teman Lelaki Beliau Juga Turut Jadi Mangsa

The Little Miss Khan atau nama sebenarnya Ameera Khan nampaknya semakin popular sejak akhir-akhir ini. Entah kenapa nama beliau semakin di sebut ramai setanding dengan kakaknya Neelofa. Jika kakaknya adalah seorang artis dan juga seorang usahawan yang menjual tudung, Ameera Khan ini pula sebenarnya adalah seorang pelajar sekolah.

Mungkin ada yang ingat Ameera Khan ini juga seorang artis dan sudah bekerja. Anda salah. Dia sebenarnya baru sahaja mencecah umur 17 tahun. Tapi penampilannya macam orang yang sudah berkerjaya kan?Sejak akhir-akhir ini, akaun Ig milik Ameera di katakan di serang dengan banyak kecaman dari netizen. Setiap kali dia membuat posting terbaru, pasti akan ada banyak komen sinis dari orang sekeliling.

Terkini, apabila Ameera memuat naik gambar dirinya bersama dengan teman lelaki, pasti netizen akan memberi kecaman hebat. Bila di fikir balik, lelaki tersebut tidak buat apa-apa salah namun tidak adil untuk netizen menyerang lelaki itu dengan kata-kata tajam apatah lagi dengan menyindir fizikalnya.

Seharusnya netizen hanya perlu menegur dengan lebih hikmah jika tidak berpuas hati dengan mana-mana sikap selebriti yang ada di bumi Malaysia ini. Bukan satu atau dua, ada banyak komen pedas yang di lemparkan kepada teman lelaki Ameera Khan lantaran ramai netizen rasa tersinggung kerana respondnya yang seperti memandang rendah pada pengguna Samsung baru-baru ini.

 

 


PELAJARAN DIA MEMANG LEMAH..!! “BAB SOSIAL MEDIA PANDAI” – BEKAS GURU DEDAH SIKAP SEBENAR AMEERA KHAN

Siapa yang tak kenal dengan adik kepada selebriti popular Neelofa iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan.

Baru-baru ini, Ameera Khan sekali lagi menajdi tumpuan apabila memperlekehkan jenama telefon pintar popular di Malaysia iaitu Samsung.

Nampaknya isu ini memang menjadi antara topik hangat yang sedang diperkatakan oleh para netizen.

Dalam satu video, apabila ditanya sama ada memilih IPhone atau Samsung adik Neelofa menjawab “Samsung? Ewwwww… what are you talking about, iPhone of course”.

Cara jawapan Ameera Khan itu lantas dikecam netizen.

Melalui satu laporan Media Hiburan, kisah ini bukan sahaja mendapat perhatian dikalangan netizen, sebaliknya bekas guru-gurunya.

Dikatakan seroang guru yang mengajar di sekolah yang pernah Ameera belajar, telah menulis DM di Instagram Media Hiburan.

Guru ini pernah mengajar adik Neelofa ini sebelum dia menggunakan khidmat Home School.

Menurut laporan Media Hiburan, bekas guru Ameera ini mendedahkan bahawa Ameera Khan memang seorang yang lemah dalam mata pelajaran namun dia tidak menolak gadis ini memang mahir kalau bab make up, melawa dan termasuk menggunakan media sosial.

Malah, dia juga memberitahu tidak terkejut bagaimana Ameera memberi respon kepada beberapa soalan contoh seperti isu “ewww..” kerana Ameera dikatakan selalu menjawab tanpa berfikir panjang.

Malah, guru ini turut berkata adakalanya dia juga naik meluat dengan cara Ameera yang selalu berangan kononnya ingin menjadi seperti adik beradik keluarga Kadarshian yang amat popular.

Bagaimanapun guru ini memuji sikap kakak nya iaitu Atisha dan memberitahu sehingga kini Atisha masih berhubung dengannya.

Ini mesej yang ditulis oleh bekas guru Ameera Khan itu.

Itulah pendedahan tentang sikap Ameera Khan atau Little Miss Khan yang sememangnya antara salah seorang InstaFamous di Malaysia.

Untuk pengetahun, Ameera Khan melalui akaun Instagramnya iaitu @littlemisskhan, followernya berjumlah lebih dari 800 ribu orang.

 



Sumber – kisahdunia