Inilah 6 Foto Wajah Terkini Perubahan Mengejutkan Vie Santie Harun, Bekas Isteri Pelakon Dato Eizlan Yusof!.

Загрузка...

Pelakon terkenal Datuk Eizlan Yusof telah bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Vie Santie Harun beberapa tahun lalu atas faktor yang tidak diketahui.

Kisah penceraian pasangan ini memang amat menyedihkan kerana anak-anak sudah pastinya menjadi mangsa. Terbaru, kami terbeliak mata dengan penampilan baru Vie Santie Harun.

Vie Shantie

IBU kepada tiga anak ini kerap kali menegaskan dia bukanlah seorang pelakon atau penyanyi untuk dijadikan bahan cerita hiburan. Untuk apa menonjol di hadapan kamera kerana baginya, kisah lampau dengan bekas suami, Datuk Eizlan Yusof sudah lama berakhir. Tidak perlu digembar-gemburkan lagi.

Namun, sebenarnya banyak kisah yang boleh diceritakan tentang wanita. Vie Shantie Khan mempunyai aura tersendiri untuk menjadi buah mulut orang.

Petang itu, satu persatu soalan ditanya. Walaupun pada awalnya, anak kelahiran Sabah ini memohon agar tiada soalan panas ditanya, namun dia cukup bijak mengatur bicara agar tidak menyakitkan mana-mana pihak.

Dia selesa untuk membicarakan tentang hidupnya, penghijrahan serta cinta baharu. Secara eksklusif, dia membongkar pelbagai persoalan panas yang pernah singgah dalam diari hidup wanita berusia 30 tahun ini.

Berpeluang mengerjakan haji di usia yang muda, bermula 5 September lalu, Vie sama sekali tidak menyangka rezekinya dipermudah Ilahi. Malah, perasaan teruja tatkala membuka cerita tentang pengalaman mengerjakan rukun Islam kelima itu jelas terpancar dari renung matanya.

“Memang sudah niat saya untuk terus mengerjakan haji jika ke Tanah Suci. Satu dunia saya sudah pergi tetapi perasaan berada di sana sangat sukar dijelaskan dengan kata-kata. Sebak rasanya.

“Di sana, tiada pangkat atau darjat mahupun kekayaan menjadi ukuran, Walaupun saya bayar agak mahal, lebih RM200,000 untuk mengerjakan haji, tetapi tiada istilah VVIP. Di situ, kita abdikan diri untuk beribadah. Tiada masa untuk memikirkan tentang dunia lagi,” katanya.

Berkongsi pengalaman selama 20 hari di sana Vie mengakui tiada siapa pun yang tahu tentang niatnya untuk mengerjakan haji tahun ini. Dia hanya berdiam dan mengunci perasaan teruja itu. Anak-anak yang masih kecil ditinggalkan demi melaksanakan tanggungjawab.

“Saya tidak pernah berpisah lama dengan anak-anak, cuma Allah beri kekuatan untuk saya. Tatkala kaki saya jejak tanah suci, terus hati saya sebak. Di sana, saya bukan Vie Shantie tetapi tetamu Allah. Dari awal perjalanan sehingga akhir, mereka menggelarkan kita sebagai tetamu Allah. Kalau teringat, saya sebak,” katanya dengan mata bergenang.

Bergelar hajah di usia muda tidak pernah mengubah peribadi wanita ini. Dia kekal sama, lemah lembut dan penuh kesopanan. Baginya, gelaran hajah merupakan anugerah yang terindah dan rezeki yang cukup dia syukuri.

“Saya tahu, selepas ini orang akan mula melihat saya dengan pandangan berbeza. Segalanya perlu sempurna di mata mereka. Cuma, kita manusia biasa. Tidak dapat lari dari membuat kesilapan, adakala kita tersasar.

“Cuma sayu yang perlu diutamakan, hubungan saya dan Allah. Saya cuba sedaya kudrat untuk kekal istiqamah dalam beribadat. Tidak perlu saya mendengar kritikan atau komen yang hanya menyakitkan hati,” katanya.

Tak sangka kami. WOW !! Jom saksikan 6 foto terkini beliau di bawah.

Sumber; bukubiru.site

Загрузка...