Ini yang berlaku apabila si abang yang mengikat rambut adik perempuannya, sebuah teknik ikatan rambut yang menjadi tetapi sangat melucukan. panjang betul akal mereka

Adik-beradik merupakan antara mereka yang terpenting dalam membentuk sikap dan peribadi kita tanpa kita sedari. Sedikit sebanyak pasti ada perbuatan atau gaya pembawakan kita yang mirip dengan mereka. Membesar bersama juga menjadikan kita sangat mengenali mereka, menjadikan ikatan dan persahabatan lebih erat jika dibandingkan dengan orang lain.

Seperti dalam video ini, kedua-dua orang adik-beradik ini nampaknya sangat rapat dan saling menyayangi. Mana tidaknya, si abang tidak teragak-agak untuk membantu adik perempuannya untuk mengikat rambut seperti yang dimahukannya. Apa yang melucukan ialah teknik mengikat rambut tersebut adalah sangat ‘unik’ dan lain daripada yang lain.

Apa yang dilakukan mereka ialah, untuk membuat sanggul di atas kepala, kanak-kanak perempuan itu siap berpusing beberapa kali supaya gulungan rambutnya menjadi. Abangnya pula telah bersiap sedia dengan getah rambut untuk mengikat gulungan rambut tersebut. Teknik mengikat rambut yang sangat bijak!