“Ini Kali Pertama Saya Jatuh Cinta Dengan Pelakon”-Hafreez Adam Dan Zara Zya Mengaku Bercinta!

Загрузка...

Kalau sudah jodoh apakan daya, umur bukanlah penghalang bagi pelakon kacak, Hafreez Adam untuk menjalinkan hubungan bersama Zara Zya yang mempunyai jarak empat tahun sebagai kekasih.

Hafreez dan Zara Zya mengambil langkah selamat untuk tidak menghebahkan percintaan mereka kerana takut akan salah faham, namun Hafreez mendedahkan hubungan mereka rapat sejak 6 bulan lalu menerusi sebuah drama.

“Ketika hubungan cinta berputik, kami sedang menjalani penggambaran drama bersiri, Monalisa. Bimbang juga jika terlalu menggembar-gembur, orang menganggap kami menggunakannya sebagai ruang untuk melariskan drama.”

“Disebabkan itu, kami lebih selesa mengunci mulut. Tetapi, saya dan Zara tidak pernah berahsia kerana mereka yang berada di set penggambaran tahu hubungan kami.”

Sekali-sekala mereka memuat naik gambar bersama-sama dan banyak persoalan yang timbul dari peminat dan jika ditanya mereka tidak pernah merahsiakannya.

Perwatakan Zara Zya yang lucu dan matang membuatkan Hafreez tertarik padanya. Dalam pada itu, Hafreez menyatakan ini kali pertama bercinta dengan pelakon dan mengharapkan pengakhiran yang bahagia.

“Zara sentiasa membuat saya tersenyum dengan telatah lucunya. Dia juga tidak mudah cemburu dan sangat memahami. Mungkin kerana kami bekerja dalam bidang yang sama, jadi kami mudah menyesuaikan diri.”

Ini kali pertama saya jatuh cinta dengan pelakon dan sudah pasti, saya berharap hubungan ini akan membawa kami ke jinjang pelamin.”

Mereka juga pernah berbincang tentang masa hadapan dan Hafreez menetapkan untuk mendirikan rumah tangga pada usia 30 tahun nanti. Selain itu, ditanya pula tentang konflik antara pelakon, Nazim Othman.

Hafreez menyatakan tiada apa-apa isu namun kebetulan pada satu majlis, dia tidak perasan akan kehadiran Nazim dan tidak bersalaman dengannya. Dia berpendapat mungkin insiden itu menyebabkan orang ramai fikir ada sesuatu tidak kena antara mereka.

“Saya akui tidak begitu rapat dengan Nazim, tetapi kami tidak mempunyai masalah. Salah faham ini berlaku ketika kami menghadiri satu sidang media, baru-baru ini. Saya terlepas pandang dan tidak bersalam dengannya.”

Sumber: Berita Harian Online

Загрузка...