Hati-Hati Jika Tonton! Filem Seram Dari Turki, Siccin Dikatakan Mempunyai Mantera Sebenar, Ramai Yang Dah Terkena!

Загрузка...

Wanita ini mendakwa dia dan suaminya mengalami demam selama 4-5 hari selepas menonton sebuah filem seram dari Turki.

Lebih teruk lagi, Syafeeca Izyan, mendakwa peranakkannya terjatuh akibat batuk teruk yang dipercayai berpunca dari mentera yang dibacakan dalam filem Siccin.

Sejauh manakah kebenarannya?

Ada beberapa netizen juga tampil berkongsi pengalaman mereka sendiri selepas menonton filem tersebut.

Ada di antaranya mengalami demam, badan terasa lemah tak bermaya. Malah anak kecil mereka juga meragam dan menunjuk-nunjuk ke arah pintu sedangkan tiada apa-apa di situ.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Pernah dengar filem seram bersiri dari Turki berjudul Siccin? Sejujurnya filem Siccin ini tidak seram, cuma silap saya bila terlalu ghairah nak sangat tengok sampai lupa yang filem ini dibacakan mentera yang sebenar berdasarkan kisah benar.

Apa yang saya alami tanpa sedar selepas menonton Siccin dalam tiga hari:

Saya jadi tak mengantuk tiba-tiba dari malam sampai pagi.
Batuk teruk seteruk-teruknya sampai otak bergegar.

Batuk tak berhenti tanpa mengira siang dan malam. Tetapi bila waktu senja (maghrib) batuk bertambah teruk.
Batuk yang sangat kuat tekanannya sehingga mengakibatkan rahim (peranakkan) saya terjatuh.

Saya dan suami demam selama 4-5 hari dan bila ambil darah, keputusan menunjukkan darah kami tiada masalah langsung.

Mungkin ini antara asbab bacaan mentera (jampi) dalam filem Siccin (dengan izin Allah SWT). Filem ini memang tak seram, cuma bacaan mentera dalam ceritai ni adalah benar memanggil-manggil jin dan syaitan.

Siccin atau sebutan dalam Bahasa Melayu, “Sijjin” yang bermaksud Kitab Amalan Buruk yang mencatat segala perbuatan orang-orang durhaka (syirik pada Allah, yang mempercayai benda-benda lain selain Allah), yakni kitab catatan amal perbuatan orang-orang kafir (tersimpan dalam Sijjin).

Menurut suatu pendapat, Sijjin itu adalah nama sebuah kitab yang mencatat semua amalan perbuatan syaitan dan orang kafir dan Sijjin itu adalah nama tempat yang berada di lapisan bumi yang ketujuh. Tempat itu merupakan pangkalan iblis dan bala tenteranya.

Menurut Ibnu Katsir, Sijjin bermaksud tempat kembali dan tempat tinggal orang-orang buruk.

Filem Siccin ini ada banyak siri dan ia berdasarkan kisah benar. Banyak bacaan mentera dan mentera yang dibaca dalam cerita ini adalah mentera yang benar!

Yang ada anak kecil, anda tidak digalakkan menonton filem ini. Tetapi kalau nak tonton juga, tutup volume tv semasa bacaan mentera dan jampi. Mentera dalam cerita ini menggunakan nama Allah SWT. Fuhh!

Sumber: Syafeeca Izyan

Загрузка...