Catriona Ross Sudah Bercerai? Ini Kenyataannya

Nama pelakon Catriona Ross kembali menjadi topik bualan netizen baru-baru ini kerana dia dikatakan sudah bercerai dengan suami, Shaharudin Mokhtarudin.

Nafi Sudah Bercerai

Catriona Ross Sudah Bercerai? Ini Kenyataannya

Namun begitu, menurut pelakon ini, dia menafikan khabar berita tersebut dan mereka suami isteri juga bahagia sehingga ke hari ini. Malah mereka juga baru sahaja pulang bercuti pada Februari yang lalu.

“Saya dan suami baru kembali dari bercuti bersama sama di Hong Kong pada penghujung Februari lalu. Kalau kami ada masalah rumah tangga takkanlah kami akan bercuti bersama ke luar negara?. Ia seperti percutian bulan madu sekali gus mengeratkan lagi ikatan rumah tangga sedia ada”

Tambahnya, dia tidak tolak kemungkinan bahawa khabar angin tersebar kerana terdapat pihak yang iri hati melihatkan kebahagiaan rumah tangga mereka sekeluarga.

Bukan Kali Pertama

Catriona Ross Sudah Bercerai? Ini Kenyataannya

Catriona turut menjelaskan bahawa ini bukanlah kali pertama khabar angin mengenai rumah tangganya kini retak tersebar. Sebelum ini, terdapat juga khabar berita yang sama namun dia mengambil keputusan untuk tidak cepat melatah kerana dia dan suami lebih mengetahui apakah yang terjadi pada hubungan mereka.

“Saya tidak tahu dari mana pihak terbabit dapat cerita kami sudah bercerai? Saya tidak cepat melatah dengan gosip sedemikian kerana ia tidak benar dan kami lebih mengetahui apa yang berlaku dalam rumah tangga. Saya sudah lama terbabit bidang seni. Bila saya berjaya menguruskan badan dan kembali aktif berlakon, saya tidak dapat mengelak bila nama dikaitkan dengan gosip rumah tangga yang bermasalah kerana bukan semua orang sukakan saya.Jika benar, dakwaan saya sudah bercerai, saya tidak akan keluar rumah dan menghadiri pelbagai majlis seperti sekarang. Lebih baik saya berkurung di rumah saja,”

Catriona telah berkahwin dengan Shaharuddin pada 2009 dan mereka dikurniakan tiga anak iaitu Sephia Rania, 7, Jamal Raess, 5, dan Edruce Riyadh, 2.

Bersabarlah Catriona, sebagai anak seni berita seumpama ini begitu pantas menjadi telahan para netizen, ada yang elok jadikan sebagai pembakar semangat dan yang tidak elok jadikannya sebagai satu sempadan.

Sumber  Harian Metro