‘Buta-buta RM84.00 kena telan’ .. Pengguna Ini Mengamuk Sampai Viral Tiba-Tiba Bila Diperiksa, Rupa-Rupanya Duit Dia..

“Kami dah kena! Kami dah kena!” demikian tulis Sue Samat berhubung baki duit dalam akaun banknya, RM84.00 didakwa hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan.

Sue Samat melalui Facebooknya memuat naik status di Facebooknya yang memaklumkan baki duit dalam akaun banknya hanya tinggal RM6.39, berbanding RM84.00.

Menurut Sue, dia membuat pengeluaran secara berperingkat kerana bimbang dengan keselamatan wangnya dalam akaun bank selepas membaca beberapa status Facebook yang viral mendakwa wang simpanan mereka hilang secara tiba-tiba.

“Dua tiga hari asyik tengok orang viral tentang masalah itu. Hari ini berlaku pada diri sendiri. Tak sedap hati, itu yang nak pergi keluarkan semua wang simpanan.

“Selalunya tak pernah tinggalkan baki, tetapi bulan ini ada baki ditinggalkan. Jadi saya pun pergilah nak keluarkan semua wang simpan. Tetapi hampa,” katanya selepas mendapati baki yang tinggal hanyalah RM6.39.

“Walaupun amaunnya sikit, tetapi jumlah itu besar bagi kami. Buta-buta kena telan. Tak sabar nak tunggu esok, nak pergi tanya.

“Withdrawal 15 April, 16 April dan 17 April. Tengoklah, saya kehilangan RM84.00. Dah tak selamat walaupun simpan dalam bank,” katanya yang turut menasihatkan pengguna yang lain berhati-hati.

Ini adalah luahan dari pengguna salah sebuah bank dalam Malaysia yang beliau rasa duit dicuri secara senyap-senyap tapi rupa-rupanya ..

Mari baca penjelasan terkini pengguna terainaya ini

“Saya memohon maaf atas viral saya semalam,” demikian kata Sue Samat susulan tular status Facebooknya yang mendakwa wang simpanannya RM84.00 dalam akaun bank ‘hilang’ secara tiba-tiba.

Terdahulu, wanita berkenaan menjelaskan dia ada membaca beberapa berita yang mendakwa ada pengguna yang kehilangan wang simpanan mereka dalam akaun bank menyebabkan dia juga turut bimbang perkara yang sama berlaku, lalu mengeluarkan wang simpanannya secara berperingkat.

“Pertama sekali, saya Sue Samat memohon maaf atas viral saya semalam (yang dimuat naik semasa saya) tengah marah dan disebabkan terpinga-pinga ke mana arah tuju duit saya dipotong.

“Saya orang tak berada, itu (yang) terkejut. Kemudian terus muat naik status Facebook untuk mengingatkan kawan-kawan sahaja. Saya tak sangka (status itu) viral dan mendapat sambutan sampai (lebih) 12,000 perkongsian.

“Saya dah meminta penyata dari bank Myabnak dan saya nak memohon maaf kepada pihak Maybank.

“Sebenarnya ada pemotongan (dibuat) untuk akaun Astro yang saya sendiri pun tidak tahu, sebab saya punya bil 11 Mei 2018 nanti.

“Selepas ini kalau ada yang nak kondem ke apa, saya tak kisah. Saya cuma berhati-hati sahaja. Selepas ini saya akan pergi selesaikan masalah ini dengan pihak Astro pula. Maaf dari pihak saya,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya hari ini, namun telah dipadamkan.

SUMBER : THE REPORTER via buletinnetizen