Antara Selebriti Dan Pereka Fesyen Terkenal Yang Bersuara Tentang Isu Pengkritik Fesyen. Komen Enot Pedas Sekali..

Nama Zaihani Mohd Zain tidak asing lagi dikalangan peminat fesyen tempatan, style serta gayanya sememangnya mempunyai keunikan tersendiri.

Namun, pengkritik fesyen terkenal itu telah membuatkan netizen kurang senang apabila mengkritik individu berbadan besar yang duduk disebelahnya ketika pertunjukan fesyen berlangsung.

Nampaknya isu seorang Pengulas Fesyen memberi komen negatif tentang individu yang berbadan besar tidak reda diperkatakan.Sejak ia menjadi perbualan hangat dikalangan netizen dan media masa, golongan selebriti juga tidak kurang hebatnya.

Ramai yang kecewa dan rasa seakan tidak adil seseorang seperti Zaihani mengeluarkan kenyataan seperti ini. Selain Angah Raja Lawak, ada lagi beberapa selebriti tempatan yang turut terasa dengan kenyataan berani Zaihani ini.

Bahkan bukan setakat itu sahaja, Kenyataan Zaihani itu juga telah mendapat perhatian dari beberapa pereka fesyen terkenal seperti Tom Abang Saufi, Calvin Thoo dan Adila Long. Ini komen mereka mengenai isu tersebut.

1. Syanie Hisham

“Terkejut dan terkilan membaca apa yang telah dikatakan, if you don’t have anything nice to say, don’t say anything at all

2. Enot

3. Que Haidar

Beauty is subjective, don’t call yourself pengkritik fashion kalau u don’t know how to respect/appreciate kejadian tuhan

4. Zalif Sidek

“budak Gemok Takyah Datang Fashion Show Sebab Peha kiri kanan Melimpah”  Terima Kasih!”

Kena ‘counter’ balik dengan pereka fesyen terkenal

Seorang pengguna Twitter bernama Nalisa Alia Amin telah memuat naik beberapa paparan skrin dimana pereka fesyen terkenal membalas balik kenyataan yang dikeluarkan oleh Zaihani Mohd Zain di sosial media, mengenai pengalamannya duduk di sebelah berbadan gempal.

Ini antara respon fashion designer seperti Tom Abang Saufi dan Adila Long;

A designer i admire from jakarta ..our pics in.our younger designing days 1985..and quite recent in our early 60s n( grandmothers ) in paris with Hermes brothers ..we both have journeyed all over the world for our work or pleasure and always true to our countries heritage .. have been many kilos different and done and attended many shows globally but never has weight been an issue..but we always have passion in our craft and chosen career.

Menurut Tom Saufi, dia sudah beberapa tahun kembara dunia dan menghadiri pertunjukan fesyen tetapi tidak pernah mendengar berat badan seseorang sebagai isu besar. Malah nama-nama ternama dalam dunia fesyen juga tiada masalah untuk duduk disebelah individu bersaiz besar.

Front row HEAVY WEIGHTS… fashion royalty… sizes and weight.. NO ISSUE.. I love SUZY MENKE , ANDRE LEON TALLEY and ANNA WINTOUR has no issues with sitting next to them.

Bercakap seperti orang tidak ‘bertamadun’