“Ada ni ha..Kami belum putus lagi…” Sajat dan ‘teman lelaki’ akui masih bersama, pertahan hubungan cinta sejati mereka

Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat Kamaruzzaman telah memuat naik beberapa status di Instagram Storiesnya yang merujuk kepada ‘single’. Sebelum ini, Sajat hangat bercinta dengan jurulatih kecergasan yang dikenali sebagai Coach Yin.

Menyedari akan status yang dimuat naik usahawan itu, netizen mula membuat spekulasi dengan mengandaikan bahawa kedua-duanya kini sudah putus dan tidak berhubung lagi.


Coach Yin.
Tidak hanya berdiam diri, teman lelakinya itu turut memuat naik status di IG storiesnya.


‘Delete’ gambar.
Terdahulu, Sajat telah memadam gambar bersama Coach Yin yang dulunya penuh di akaun Instagramnya.


“Kita tak putus…”

Namun begitu, menurut Coach Yin menerusi video yang dimuat naiknya itu baru-baru ini, itu semua hanyalah lakonan mereka semata-mata. Tambahnya juga, status yang dimuat naik sebelum ini juga hanya mahu melihat reaksi netizen sahaja.

coach_yin Ad ni ha….baru lepas bagi bawang..so membawang lah ….