18 Jenama Marjerin Ini Mungkin Penyebab Kanser, Anda Harus Berhati-Hati Terutamanya Kaum Lelaki

Загрузка...

KUALA LUMPUR – Marjerin sememangnya menjadi pilihan ramai untuk disapu pada roti, kemudian taburkan gula pasir. Tetapi, walaupun marjerin selalu dimakan, tidak bermakna ianya selamat dimakan manusia. Baru-baru ini, Hong Kong Consumer Council telah menjalankan ujian terhadap 30  jenama mentega, marjerin dan sapuan berasaskan minyak sayuran.

Kebanyakan jenama tidak mempamerkan fakta nutrisi yang tepat pada label masing-masing. Sebagai contoh, Lurpak Slightly Salted Organic Spreadable Butter Blended With Vegetable Oil mengandungi 410mg sodium bagi setiap 100g, di mana ia 10 kali ganda lebih banyak daripada jumlah maksimum yang dibenarkan!

Selain daripada itu, analisis berkenaan turut mendedahkan bahawa terdapat 18 jenama marjerin yang mengandungi bahan karsinogenik yang dikenali sebagai glycidol (epoxypropanol), manakala jenama Sunny Meadow Spread With Canola Oil mengandungi jumlah bahan tersebut yang paling tinggi.

Selain itu, terdapat 16 jenama marjerin yang mengandungi 3-MCPD (3-monochloropropane-1,2-diol), iaitu bahan kimia karsinogenik yang turut menjadi penyebab kepada kanser.

Di bawah ini kami kongsikan senarai lengkap jenama marjerin yang didapati mengandungi glycidol. Item yang ditanda dengan (*) pula bermaksud ia turut mengandungi 3-MCPD.

#1 MeadowLea Original Vegetable Fat Spread

#2 Olive Grove Classic Mild Tasting 65% Less Saturated Fat Than Butter Edible Oil  Spread / Fat Spread (*)

#3 I Can’t Believe It’s Not Butter! Light Vegetable Oil Spread (*)

#4 Sainsbury’s Lighter Butterlicious Made with Butter Milk (*)

#5 Flora Light Spread (*)

#6 Meiji Smooth and Soft (*)

#7 Snow Brand Neo Soft Spread (*)

#8 Flora Original Spread (*)

#9 M&S Reduced Fat Olive Oil Spread Made Using Olive Oil (*)

#10 Essential Waitrose Olive Spread- Reduced Fat Spread (45%) (*)

#11 Belle Premium Vegetable Fat Spread Made With Sunflower Oil (*)

#12 Earth Balance Organic Whipped Buttery Spread (*)

#13 Tesco Sunflower Spread (*)

#14 Sunny Meadow Spread With Canola Oil (*)

#15 Lurpak Slightly Salted Organic Spreadable Butter Blended With Vegetable Oil

#16 President Ambassador Salted Culinary Fat Blend (*)

#17 Copha Vegetable Shortening Made With Coconut Oil (*)

#18 Tablelands Butter Spread With Plant Sterols (*)

Para doktor juga menasihati orang ramai agar mengurangkan pengambilan glycidol. Jika kurang pengambilannya, maka risiko untuk mendapat kanser juga dapat dikurangkan. Bagi 3-MCPD, pengambilan secara berlebihan bahan kimia tersebut akan merosakkan organ dalaman dan juga sistem reproduksi golongan lelaki.

Sumber : era baru via viwanita

Загрузка...