“Walaupun Kena Kecam Kau Tetap Nak Jadi Akak Juga” – Izreen

Загрузка...

Izreen berkata akaun Instagram yang dicipta atas namanya adalah palsu.

PELAKON Izreen Azminda memberitahu dia sedang menunggu masa sesuai untuk mengaktifkan semula laman sosial Instagram miliknya iaitu @izreen.azminda.

Izreen berkata, buat masa ini dia hanya mempunyai satu akaun sahaja yang telah dinyahaktifkan buat sementara waktu dan akan diaktifkan semula kelak.”Tunggu masa sesuai saya akan aktifkan semula Instagram itu. Buat masa ini, saya ada satu saja akaun official tapi belum aktif,” katanya menerusi rakaman video di laman Instagram peminat @izreenazmindafc.

Sebelum ini, aktres berusia 32 tahun ini mengambil keputusan menyahaktifkan laman Instagram miliknya sejak 2 Mac lalu.

Tindakannya itu membuatkan banyak akaun palsu menggunakan namanya wujud di laman sosial berkenaan yang turut memuat naik foto mendakwa ia akaun baharu milik pelakon tersebut.

Izreen dan Ude berkahwin secara tertutup pada 8 Ogos tahun lalu.

Dalam pada itu, Izreen turut meluahkan kekesalan dengan sikap individu tidak bertanggungjawab yang mencipta akaun palsu menggunakan namanya.

Malah, dia turut berasa hairan mengapa mereka mewujudkan akaun tersebut sedangkan dirinya kini menerima kecaman hebat netizen.

“Tak perlu cuba nak jadi Izreen, walaupun kena kecam kau tetap nak jadi akak juga. Tolonglah buat kerja lain, tak payah buat kerja yang tak berfaedah untuk jatuhkan orang semata-mata.

“Kepada korang semua hati-hati dengan akaun palsu itu, saya hanya ada satu sahaja akaun iaitu @izreen.azminda,” ujarnya.

Kontroversi terhadap Izreen tercetus apabila suaminya iaitu Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude dan isteri pertama, Intan Liana Saleh hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi proses lafaz cerai pada 28 Februari lalu.

 

Ude menceraikan Intan yang juga merupakan isteri pertama dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pada Khamis.

Gara-gara peristiwa itu, ramai netizen melahirkan rasa simpati terhadap Intan kerana bakal diceraikan sedangkan dia sudah bersetuju untuk berkongsi kasih ataupun bermadu dengan Izreen.

Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.

Kisah rumahtangga pemuzik bebas tersebut dengan Intan berakhir pada Khamis.

Pada November tahun lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun hasil perkahwinan terdahulunya dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza.

Sumber:mstar

Загрузка...