“Wahai Ameera, jadilah macam Dr. Amalina Bakri & Vivy Yusof.. Cantik, bijak dan rendah diri…”

Sejak kebelakangan ini, nama Ameera Khan selalu disebut terutama di laman media sosial berikutan beberapa kontroversi yang dilakukan. Adik kepada pelakon dan pengacara popular, Neelofa itu sering terpalit dengan isu melalui perkongsian di akaun peribadi miliknya.

“Wahai Ameera, jadilah macam Dr. Amalina Bakri & Vivy Yusof.. Cantik, bijak dan rendah diri…”

Daripada isu mengkritik cikgu dan sekolah kerajaan, membuka tudung, berpakaian seksi, menghina jenama telefon pintar dan terbaharu, pergi ke sekolah antarabangsa bukan untuk mengambil SPM.

“Wahai Ameera, jadilah macam Dr. Amalina Bakri & Vivy Yusof.. Cantik, bijak dan rendah diri…”

“Wahai Ameera, jadilah macam Dr. Amalina Bakri & Vivy Yusof.. Cantik, bijak dan rendah diri…”

Rentetan kejadian tersebut, ramai netizen yang tampil untuk mengkritik dan mengecam gadis berusia 17 tahun itu akibat tindakan yang dilakukan seolah-olah tidak memiliki ‘common sense’ terhadap dirinya kerana mencetuskan kemarahan beberapa pihak yang terlibat.

“Wahai Ameera, jadilah macam Dr. Amalina Bakri & Vivy Yusof.. Cantik, bijak dan rendah diri…”

Walau bagaimanapun, tidak kurang ada juga cuba ‘slow talk’ dan menasihati Ameera atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan itu dengan cara memberikan contoh beberapa individu lain yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya, namun masih mengamalkan sikap ‘humble’ dan saling menghormati.
Dr. Amalina Bakri & Vivy Yusof patut jadi idola!
“Wahai Ameera, jadilah macam Dr. Amalina Bakri & Vivy Yusof.. Cantik, bijak dan rendah diri…”

Menerusi komen oleh seorang netizen, Dr. Amalina Bakri merupakan salah satu sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Mendapat keputusan cemerlang dalam SPM serta menyambung pengajian sebagai pakar perubatan di luar negara, ianya bukan sesuatu yang mudah bagi sesetengah orang untuk melakukannya.

“Wahai Ameera, jadilah macam Dr. Amalina Bakri & Vivy Yusof.. Cantik, bijak dan rendah diri…”

Ditambah pula apabila menjadi ikon fesyen di laman media sosial yang menjadi ikutan para remaja, sudah tentu segala kata dan gerak geri perlu dijaga dengan sebaiknya.

Begitu juga dengan usahawan terkenal, Vivy Yusof yang pernah memberi motivasi kepada calon SPM untuk belajar bersungguh-sungguh.

“Wahai Ameera, jadilah macam Dr. Amalina Bakri & Vivy Yusof.. Cantik, bijak dan rendah diri…”

Walaupun Vivy menuntut pembelajaran dalam A-Levels dan SPM secara serentak, beliau telah membuktikan kesungguhan tersebut dengan pencapaian sebagai seorang usahawan terkenal pada masa kini.

Apa-apa pun, kehidupan sebagai adik selebriti popular dan seorang ‘instafamous’ yang sering menjadi perhatian pengikutnya, Ameera perlu menjaga tingkah laku dan pertuturan di laman media sosial agar segala tindakan yang dibuat tidak menerima kecaman daripada warga netizen yang prihatin!