[VIDEO] Feeling habis Sufian Suhaimi nyanyi lagu Di Matamu sampai Fahrin Ahmad peluk…

Semangat Di Matamu…

SUFIAN Suhaimi.

Enggan mengenang episod luka yang sudah berlalu, Sufian Suhaimi, 26, kini mensasarkan fokus terhadap kerjaya nyanyiannya.

Apatah lagi, single terbaru Di Matamu membawa impak besar buat Sufian untuk bangkit membina semula semangatnya.

Sufian ketika ditemui berkata, dia amat berterima kasih dengan peminat yang menerima baik single itu.

“Sebenarnya saya tidak sangka Di Matamu akan menarik perhatian ramai apabila lirik lagu itu tular menerusi laman sosial.

“Saya ucapkan terima kasih di atas sokongan walaupun ada yang beranggapan ia kisah peribadi saya,” katanya.

Lirik Di Matamu yang dimuat naik ke YouTube terus menjadi ‘trending’ dan mencatat 10 juta tontonan sejak sebulan lalu.

Menurut Sufian, apa yang ditulis dalam lirik lagu itu adalah kebetulan.

Katanya, ia sudah siap sepenuhnya sejak tahun lalu.

Apapun, Sufian mengharapkan tiada lagi pertanyaan mengenai kisah peribadinya yang sudah berlalu itu.

“Saya harap tidak akan ada lagi cerita peribadi ini diuar-uarkan. Semuanya sudah berakhir dan ditamatkan secara baik.

“Ini kerana saya tidak mahu lagi terus dianggap memanjangkan cerita itu untuk publisiti diri sendiri dan kerjaya.

“Tolong hentikan dan saya mohon maaf. Diharapkan juga semoga tiada spekulasi lain ditimbulkan oleh mana-mana pihak,” katanya.

Pemuda kelahiran Johor ini berkata, dia juga berasakan tidak perlu menggunakan isu peribadi bagi tujuan promosikan single.

Turut menepis apa yang dilaluinya sejak sebulan lalu adalah balasan buatnya, Sufian berkata, ia ketentuan takdir.

Penyanyi pernah popular dengan lagu Terakhir ini menjelaskan, ia bukan pembalasan tetapi teguran Tuhan buatnya.

“Sebagai manusia biasa, saya juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Jadi, ini cara Tuhan beri peringatan.

“Apa yang pasti, saya juga yakin ada hikmah yang baik menanti. Kini, tumpuan saya tertumpu pada karier seni.

“Saya masih baru dalam karier ini dan perlu gigih tingkatkan usaha untuk terus kekal bertahan,” katanya.

Sufian berkata, persaingan dalam bidang muzik kini sengit dan sebagai penyanyi dia harus tampil dengan karya lagu terbaik.

Turut melonjak dengan lagu Terasa Ada, menurutnya, dia sangat bersyukur kerjaya nyanyiannya masih mendapat sokongan peminat.

Bersikap terbuka berbicara soal jodoh, Sufian berkata, dia juga tidak menutup hati menerima cinta baru.

“Walaupun bukan dalam tempoh sekarang, tetapi saya tidak akan tutup pintu hati untuk bercinta. Cuma, kini fokus hanya pada karier.

“Saya mahu berjaya dalam karier nyanyian diceburi ini terlebih dahulu sebelum memikirkan semula soal cinta,” katanya.

Yakin jodoh buat dirinya tetap ada suatu hari nanti, Sufian berkata, dia tenang menyerahkan urusan itu kepada ketentuan Yang Maha Esa.

Jom kita saksikan Sufian Suhaimi,Fahrin Ahmad.Sebelum kita memulakan jom kita lihat penerangan siapakah beliau ini.Sufian bin Suhaimi (dilahirkan pada 3 Mei 1992) atau lebih dikenali sebagai Sufian Suhaimi merupakan seorang penyanyi di Malaysia yang mula diberikan perhatian oleh ramai rakyat Malaysia melalui single pertama hits beliau iaitu Terakhir ..

Sufian Suhaimi memakai baju warna hitam berjeket hitam dan memakai cermin mata. Cermin mata merupakan bingkai yang mempunyai kanta gelas yang berada di depan mata. Ia merupakan alat bantuan penglihatan, perlindungan mata, atau untuk perlindungan daripada sinaran UV.

Sufian Suhaimi dijemput dalam rancangan Wanita Hari Ini.Sufian Suhaimi bersama Fahrin Ahmad dan seorang pengacara wanita.Sufian Suhaimi menyanyikan lagu Di Matamu sungguh lagu itu menyentuh hati dan perasaan orang apabila mendengarnya.Setiap lagu ada Cerita Setiap gambar ada Kenangan Setiap tempat ada sesuatu yg Tersirat Setiap hati pasti Terluka Setiap manusia inginkn Kebahagiaan.bila saja Sufian habis nyanyi,sampai Farhin Ahmad peluk Sufian.semoga anda terus terhibur dengan kisah cerita ini ,tontonlah cerita ini sampai ke penhujungnya supaya anda ketahui jalan cerita ini.

Jangan lupa like Fb fanpage kami dibawah.

Sila tonton video:

Sumber – dharian