Soal Penyusuan Ibu ‘Siti Special Sikit’, Menantu Tya Arifin Yang Banyak Beri Tunjuk Ajar

Загрузка...

Selepas bersalin perkara penting yang mak-mak kena belajar tentulah macam mana nak menyusukan bayinya. Datuk Seri Siti Nurhaliza juga tak terkecuali. Kata beliau, “cabaran menyusu bukan senang“. Syukurlah ada menantunya, Tya Arifin yang memberi tunjuk ajar.

Biasanya ibu mentua yang ajar menantu kan. Cerita ibu Siti Aafiyah ini berbeza. “Special sikit. Tya yang ajarkan saya.”

Sememangnya cabaran menyusukan buat isteri yang pertama kali bergelar ibu itu, bukanlah satu perkara yang mudah. Kekok mahu menentukan posisi terbaik untuk menyusu bayi, makanan tambah susu dan macam-macam lagi yang berkaitan.
Soal Penyusuan Ibu 'Siti Special Sikit', Menantu Tya Arifin Yang Banyak Beri Tunjuk Ajar

Tya Arifin banyak membantu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dipanggil Mak Iti dalam bab-bab penyusuan ibu.

Tya Arifin Macam Cikgu Penyusuan Siti
Tapi bila fikirkan mak saya boleh menyusukan dan menjaga sampai 8 orang anak-anaknya. Menyusukan mereka sampai tak tidur malam.

Kenapa saya yang baru seorang ini nak mengeluh. Saya bersyukur kerana menantu saya banyak membantu.

Dia macam cikgu. Nanti dialah yang berpesan ‘Mak Iti buat begini.. begitu.. setiap 2 jam, Mak Iti kena begini. Dia jugalah yang tolong pasangkan mesin. Ajarkan saya suruh minum itu dan ini.”

Akui Datuk Seri Siti Nurhaliza, sejak 7 hari bergelar ibu ini tidur malamnya cuma 3 jam saja.

Setiap bayi itu ragamnya berbeza. Anak saya ini, Alhamdulillah.. siang tidur, malamnya jaga.

Semakin membesar, dia semakin banyak nak kita susukan. Demi anak memanglah kena berkorban. Tak mengapalah.. kita buat ini pun kerana Allah. Kerana anak juga, kita nak tengok anak sihat.”

Seperti yang pernah dimaklumkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum ini dalam temubualnya dengan majalah Nona, beliau melihat sendiri betapa berdisiplin menantunya Tya Arifin menyusukan anaknya, Arif Jiwa.

Siap kunci jam setiap dua jam, pam susu dan sebagainya. Kalau boleh saya pun nak fully breastfeed anak macam itu, insyaAllah.”

Mingguan Wanita mendoakan semoga Datuk Seri Siti Nurhaliza dapat mencapai impiannya itu dengan bantuan menantu yang pernah mempunyai pengalaman seumpamanya.
Soal Penyusuan Ibu 'Siti Special Sikit', Menantu Tya Arifin Yang Banyak Beri Tunjuk Ajar

Momen bersama menantu, Tya Arifin sebelum Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan Siti Aafiyah.

Demi Siti Aafiyah Cuma Tidur 3 Jam
Tambah beliau lagi, anak ini adalah amanah dan dugaan. InsyaAllah, hal inilah yang akan membuatkan beliau sentiasa ingatkan diri untuk beri yang terbaik kepada Siti Aafiyah baik soal agama, pelajaran malah adab.

Saya bersyukur Siti Aafiyah dilahirkan sempurna. Debarannya datang bila mengenang mahu mendidik anak. Lagi-lagi anak ini amanah dan juga dugaan.

Mengimbas kembali momen di bilik bersalin sekitar 19 Mac 2018 lalu, akui beliau berlaku komplikasi atas sebab-sebab tertentu semasa melahirkan.

Dr Suhaiza dan team begitu pantas sekali mengendalikan komplikasi yang dialami semasa bersalin. Atas faktor kesihatan itulah, Datuk Seri Siti Nurhaliza ditahan sehari di wad dan dimonitor di bawah jagaan doktor.

Masuk hari ketiga saya dah boleh jalan. Saya kuatkan diri dan semangat. Kita caesar ini tak boleh baring sangat.” Ternyata semangat itu dapat dilihat dengan jelas sewaktu majlis maulid nabi, aqiqah dan bertahnik malam tadi yang mana beliau cukup mesra melayan setiap tetamu.

Bahagia jelas terpancar di wajah isteri Datuk Khalid Mohd Jiwa ini. Dan semoga penyanyi nombor satu negara ini menjalani tempoh berpantang dengan tenang dan kembali pulih seperti sebelumnya.

Sumber/Foto : Instagram ctdk, tyaarifin

Загрузка...