Seksi dan menggoda, Dynas Mokhtar muat naik gambar parti buih sebelum bergelar isteri kali ke-2

Beberapa hari lepas, pelakon dan model tinggi lampai, Dynas Mokhtar telah megadakan bachelorette party bersama rakan-rakannya termasuk pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya di Bali, Indonesia.

Namun, baru-baru ini beliau sekali lagi mengadakan percutian kali kedua bersama rakan-rakannya termasuk pelakon dan pengacara popular iaitu Yasmin Hani, Sazzy Falak dan Daphne Iking yang telah berkunjung ke Pulau Redang, Terengganu untuk mengadakan bubble party iaitu parti buih.

Dynas juga telah berkongsi gambar percutian mereka di akaun Instagramnya sebagai memori bersama rakan-rakannya sebelum beliau bergelar isteri kepada Shazrik Din pada April depan.


Aksi Dynas di tub mandi bermain buih.


Parti buih bersama rakan-rakan.


‘Bubble party’ bersama rakan-rakan sebelum Dynas berkahwin pada April depan.

Dynas dan Shazrik telah mengikat tali pertunagan pada Oktober lepas dan akan melangkah ke gerbang perkahwinan pada April depan.

Dynas atau nama penuhnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar berkata, tunangnya itu merupakan seorang yang romantik, baik hati dan Dynas selesa dengan beliau.

Meskipun bergelar janda kepada dua orang anak, Khyra Khalyssa, 8 tahun dan Mohamed Haqaish, 6 tahun, Shazrik tidak menganggap itu satu beban baginya, sebaliknya ia merupakan jodoh yang telah diteteapkan oleh Allah.

Sumber : Dynas Mokhtar , Daphne Iking