” Saya tinggalkan anak saya yang sedang tidur dengan adik ipar dalam bilik. Tiba-tiba rasa tak sedap hati. Saya terus masuk tengok anak saya. Ya Allah terkejutnya saya adik ipar tengah… “

Загрузка...

Salam admin.. mohon hide kan profile saya…

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga krt, saya nak minta pendapat ibu-ibu dalam group nie. Tadi petang saya pergi rumah mertua ada jamuan keluarga.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Saya ada baby umur 9 bulan. Masa nak tidurkan macam biasa saya bawa baby masuk dalam bilik untuk bagi susu dan tidurkan dia. Baby saya hisap susu btol.

 

Lepas saya tidurkan dia, saya pun keluar dari bilik tu. Tiba-tiba adik ipar saya masuk dalam blik, katanya sakit kepala. Saya pun ok la sebab anak saya ada orang tolong tengokkan. Saya pun ke dapur nak bantu apa yg patut.

 

Tiba-tiba hati tak sedap sangat. Dalam 5 minit saya terus masuk tengok anak saya. Ya Allah terkejutnya saya adik ipar tengah bagi “kopek kering ( Tiada susu )” kat anak saya.

Masa tu saya dah tak boleh cakap apa. Sakit hati sangat, terus saya angkat anak

cakap dekat suami saya nak balik sekarang juga.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Suami pun macam terkejut tiba-tiba saya ajak balik. Naik atas kereta saya diam, hanya air mata je yang keluar. Suami pun dok soal kenapa2. Saya tak boleh nak cakap. Sampai rumah saya bersihkan diri, bagi anak susu dan tidorkan semula, baru saya bagitau suami.

Suami pun macam terkejut dengan tindakan adik dia, siap kata kat saya kenapa tak cakap masa kat rumah mama. Saya terus sound suami cakap masa tu hati nie sangat-sangat dah tak boleh nak cakap, nak elak dari jadi benda buruk. Dia ambil phone terus call adik dia tapi tak jawab.

Adik ipar saya dah kawin 3 tahun tapi belum ada rezeki nak ada zuriat. Saya pun 7 tahun kahwin baru ada baby. Perlu ke saya terus berdiam tanpa bagitau mertua. Maaf la tulisan bercelaru.

(Gambar Sekadar Hiasan)

************
Apa pendapat anda ?

Sumber : KRT Via Berita Kopak

Загрузка...