Renew Road Tax Tamat Tempoh Dengan Diskaun Bayaran Insurans Kereta Tanpa Puspakom

Berita baik untuk semua pemandu kereta, motor atau apa saja kenderaan yang memiliki insurans dan ingin renew road tax yang telah tamat tempoh serta menghadapi kesulitan. Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong telah membuat pengumuman bahawa selama tiga bulan anda boleh perbaharui cukai jalan atau saman road tax tamat tempoh tidak melebihi dari 3 tahun dengan diskaun tanpa pemeriksaan Puspakom.

Program yang dinamakan sebagai program pemutihan tersebut dilaksanakan oleh Menteri Pengangkutan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta turut mendapat sokongan penuh daripada syarikat insurans.

perbaharui cukai jalanAnda harus perbaharui cukai jalan sekiranya telah tamat tempoh.

Walau bagaimanapun, yang paling menarik pemilik kenderaan bermotor boleh renew road tax tanpa perlu membawa kenderaan ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) selepas gagal membuat pembaharuan cukai jalan tidak lebih dari tiga tahun sahaja.

Pemilik motosikal dan kenderaan bermotor yang terlibat boleh menikmati diskaun bayaran insurans sekiranya memperbaharui road tax dalam tempoh berkenaan iaitu telah berkuatkuasa sejak 24 Mac lalu sehingga ke bulan Jun 2018 nanti dengan tujuan untuk membantu rakyat Malaysia khususnya untuk mereka yang berpendapatan rendah, lapor The Star.
Cara Renew Road Tax dan Insurans Tamat Tempoh
Untuk perbaharui road tax dan insurans kereta yang expired pada masa ini, anda tak perlu lagi membawa geran kereta ke pejabat pos kerana cara untuk renew road tax juga boleh dibuat secara online menerusi laman web MyEG dan anda perlu membuka akaun serta membuat pendaftaran di MyEG sebelum menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.

Walau bagaimanapun, sebelum anda renew road tax biasanya anda harus renew insurans kereta terlebih dahulu yang juga boleh dibuat secara online tak kira apa saja jenis insurans anda seperti Etiqa, Takaful Ikhlas dan sebagainya. Cara renew insurans kereta dan semak insurans kereta juga boleh dibuat di laman MyEG.

cara renew road taxJika road tax motor atau kereta yang dah mati tidak melebihi 3 tahun tak perlu dibawa ke Puspakom atau JPJ. – Junaidi

Berikutnya antara perkhidmatan yang terdapat di laman MyEG;

Renew Road Tax

Semakan Saman JPJ dan Polis Secara Online

Renew Insurans Kenderaan

Pembayaran Saman, Zakat dan sebagainya

Cara Bayar Road Tax dan Insuran di Pejabat Pos

Ada cara yang mudah untuk anda perbaharui road tax dan juga insuran iaitu di Pejabat Pos jika anda tidak mempunyai kemahiran internet atau mempunyai masalah untuk memperbaharui secara online. Cuma jika di pejabat pos anda perlu beratur dan menunggu giliran untuk urusan ini.

Anda perlu membawa dokumen berikutnya:

Kad pengenalan / IC

Sijil Pemilikan Kenderaan atau Salinan Geran

Cover Note Insurans

Perlindungan Insurans

Sebelum perbaharui insuran, anda digalakkan mengambil tahu tentang perlindungan insurans yang sesuai untuk kenderaan anda. 3 jenis perlindungan adalah seperti berikut:

Renew insurans keretaRenew insurans kereta dan road tax kini mudah dibuat selain harga yang murah boleh didapati dari ejen tertentu.

1st Party/Comprehensive

Insurans akan cover sekiranya berlaku kemalangan terhadap kenderaan anda dan juga pihak yang dilanggar.

Kenderaan didapati hilang atau mengalami kebakaran.

Anda boleh menambah jenis perlindungan lain seperti personal accident, pemandu dan penumpang, cover cermin dan sebagainya.

15 tahun

3rd Party Fire and Theft

Insurans hanya akan cover kereta yang anda langgar atau hilang atau mengalami kebakaran.

Cover kereta 16 tahun

Perbezaan dengan 1st party adalah sekiranya berlaku sebarang kemalangan kita perlu membaiki kereta sendiri manakala kereta yang anda langgar di coveroleh insurans.

3rd Party

Kebiasaan motosikal

Tiada perlindungan

Amat murah

Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai saman tertunggak atau nama blacklist, roadtax anda agak sukar untuk diperbaharui. Anda diharuskan membuat bayaran saman tersebut terlebih dahulu sebelum perbaharui cukai jalan anda.

Anda boleh juga membuat semakan saman anda dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan juga nombor plat kereta menerusi laman MyEG atau semak status senarai hitam melalui JPJ dan cara semak senarai hitam juga boleh dibuat secara online di laman web JPJ.

Kepada anda yang mempunyai tunggakan saman roadtax yang dah mati lebih setahun atau tak lebih dari 3 tahun eloklah guna peluang yang ada sekarang. Segera perbaharui road tax anda, selain diberikan kelonggaran anda juga dapat diskaun sehingga bulan Jun ini sahaja.