“Nak Singgah Zouk ke tu, boleh imbas kenangan dengan Elite…” – Peminat Neelofa ‘cari pasal’ dengan Abby Abadi

Загрузка...

Jika sebelum ini pelakon Abby Abadi lantang menyuarakan pendapat serta pandangan politiknya di beberapa majlis ceramah, namun kini dia lebih aktif memberikan pendapat mengenai isu-isu semasa di laman media sosial miliknya.

Terbaru, pelakon drama bersiri Gerak Khas itu telah memuat naik beberapa gambar serta video ketika bersiar-siar bersama suami dan anaknya di sekitar ibu kota.

Menerusi posting itu juga, Abby turut meluahkan perasaan kecewa terhadap segelintir individu yang suka memberi perhatian mengenai isu yang remeh sedangkan terdapat banyak lagi perkara penting yang perlu dibincangkan.

Perasaan kecewa itu mula timbul apabila gara-gara dia memuat naik gambar kelab malam popular, Zouk di Kuala Lumpur ke dalam Instagram Story miliknya.

Lepas Isyak, kami bersiap-bersiap semula sebab saya ada meeting dengan seseorang di sebuah restoran yang dia tetapkan. Suami guna google maps, guna waze, tak jumpa. Walaupun hanya di Kg Pandan tapi kami memang tak tahu. Pastu orang yang saya nak jumpa tu siap buat video, bagitahu restoran tu belakang Zouk.

Waaaa Zouk saya kata. Dania tanya Zouk tu apa, saya kata disko. Betullah kan? Ke salah?. Pastu bila lalu depan Zouk, saya ambillah gambar share dekat story, sebab memang tak pernah tahu Zouk ada dekat situ. Sekali bertubi2 kena serang daaa.

Gambar itu secara tidak langsung telah menimbulkan rasa tidak puas hati peminat kepada pelakon dan pengacara popular, Neelofa berikutan isu kontroversi pelancaran tudung Naelofar Hijab di Zouk tidak lama dahulu.
Kenapa tak singgah sekali?

Bawak mengucap sikit..

Tak baik perli Lofa!

Motif post gambar tu?

Jangan nak mengata orang je..

Rindu zaman jahil ke?

Hmm mungkin ianya sesuatu kebetulan dan Abby tidak berniat untuk memperli sesiapa. Mana tahu kan? Walau bagaimanapun, diharapkan Abby bersabar dalam menghadapi karenah mulut-mulut netizen yang selalu mencari kesalahan orang ni. Chill okey!

Sumber : Abby Abadi

Загрузка...