Luahan Anak Pengasas Al- Arqam Terhadap kekejaman dan penindasan atas Dirinya buat Ramai Sebak

Saya berjumpa anak kepada Pengasas AlArqam ini semalam sewaktu beliau memohon pertolongan. Saya akur saya tidak dapat berbuat apa apa kecuali memberi saluran yang saya yakin dapat membantu. Berikut ini adalah cerita daripadanya yang telah saya dapat keizinan untuk dikongsi :

“Saya menulis ini kerana sudah tidak dapat menahan lagi kekejaman dan penindasan yang berlaku terhadap diri saya.
Saya anak pertama dari isteri ke dua ayah saya As’aari Muhammad bersama Ummu Jah (Khatijah Am). Saya lahir di Perlis dan sekarang saya berusia 35 tahun. Sekolah rendah di Sg. Penchala dari darjah satu sampai darjah 4. Lepas tahun Arqam diharamkan, saya bersama adik beradik yang lain bersekolah di Sek Rendah Islam Qurratul Ain di Shah Alam hingga tingakatan 1. Kemudian saya berpindah sekolah Menengah Islam AlFarabi Klang.

Kemudian saya sambung sekolah di Attahalli di Bandar Country Homes. Sekolah ini di bawah Rufaqa’ Corporation.
Pada tahun 2006 ayah saya telah kahwinkan saya. Hasil dari perkahwinan itu saya telah melahirkan seorang anak perempuan bernama Zainab. Lepastu saya dan suami terpisah kerana arahan dari pihak jemaah. Kemudian saya di hantar ke Jordan atas urusan projek ayah di sana. Masa di Jordan bermula paksaan kahwin dari N dengan FJ. Saya telah menolak sekerasnya, saya juga telah lari dari mereka (jemaah) kerana saya tak mahukan perkahwinan itu. Tapi akhirnya mereka jumpa saya balik dan heret saya untuk salam lelaki durjana itu. Dalam keadaan menangis, derita saya terpaksa ikut arahan kerana mereka mengepung saya. Masa mereka (N dan J) paksa saya salam lelaki durjana itu, mereka pasang Skype supaya anak saya saksikan kejadian itu. Sewaktu kejadian ini, anak saya berada di Malaysia kerana di Jordan susah untuk mendapatkan visa.

Di Jordan saya di kurung di dalam rumah, di dalam bilik hanya untuk memaksa saya melihat kemaluan lelaki durjana itu. Setiap kali ini terjadi saya lawan lelaki itu, dan mereka kata saya ni di sihir kerana tidak mahu melihat kemaluan lelaki drujana itu.
Kemudian ibu saya meninggal di Malaysia, jadi saya dibenarkan balik ke Malaysia, di iringi adik lelaki saya bernama Mohd Adib.
Dari Malaysia adik yang sama bersama adik beradik lain (Khaulah, Fathiyyah, dan Mohd Adib) iringi saya pula ke Turki.
Saya dah macam orang bodoh terpaksa membontoti mereka dan arahan arahan dari pihak atasan jemaah itu.

Sampai di Turki, kehidupan dalam neraka saya bermula lebih teruk dari kejadian di Jordan. Mereka mula mendera saya kerana saya tidak mahu melihat badan lelaki durjana itu. Mereka melemaskan saya di dalam kolam renang yang amat dalam, sewaktu di bawah air mereka memaksa saya untuk menunjuk badan pada jantan itu. Sewaktu itu saya terpaksa setuju kerana tidak mahu mati.
Kemudian adik beradik perempuan saya heret pula ke bilik air dan mula melibas batang paip ke belakang badan saya. Setiap hari saya di dera mental dan fizikal agar bersetuju dengan apa yang mereka arahkan. Saya merayu untuk jumpa anak di Malaysia, tapi mereka bawa anak tu ke Turki pula. Anak melihat semua kejadian ini. Anak juga mendengar raungan saya sewaktu saya di rogol oleh lelaki durjana bernama FJ!
Adik lelaki saya sedang tunggu di luar bilik tempat saya dirogol untuk memastikan FJ berjaya merogol saya.

Ini adalah report-report yang telah saya buat di balai polis.
0. PDG GAJAH/000145/18
0. RAWANG/003076/18

Saya minta anak saya bernama Zainab yang kini bawah tahanan Global Ikhwan Sendirian Berhad atau singkatannya GISB Holdings agar di kembalikan kepada saya. Saya merayu, selama saya di tindas atas arahan NA agar anak saya di kembalikan.
Saya merayu lagi sekali pada semua barisan kempimpinan yang terlibat (nak senaraikan?) KEMBALIKANLAH ANAK PEREMPUAN SAYA ZAINAB! SAYA MOHON SANGAT SEBAGAI IBU DIA..”

Apakah motif dan segalanya, tak dapat saya hendak rungkaikan.

Saya hanya dapat berbuat takat ini sahaja dan saya memohon agar rakan-rakan kita boleh mendoakan yang terbaik buat mereka.

sumber: Syed Azmi