Kini Anda Boleh Tambah Nilai Touch ‘N Go Terus Dari Telefon

Tidak dinafikan Touch ‘n Go adalah perkhidmatan kad prabayar paling meluas digunakan di Malaysia. Tapi sehingga kini, tambah nilai hanya boleh dilakukan di tempat-tempat tertentu. Tapi, kini ada APP terbaru daripada Touch ‘n Go yang sarat dengan pelbagai fungsi menarik. Salah satunya adalah menambah nilai masuk ke kad anda.

Hadir dalam versi Android dan iOS, anda perlu melalui satu proses pendaftaran yang ringkas sebelum boleh menggunakannya. Walau bagaimanapun, oleh sebab APP Touch ‘n Go ini turut berfungsi sebagai e-wallet, seperti biasa, anda perlu menambah dana ke dalam wallet terlebih dahulu sebelum memindahkan dana ke kad.

Dana boleh dimasukkan kedalam wallet melalui beberapa cara, antaranya adalah:

Kad kredit

Kad debit

Perbankan dalam nilai

PIN tambah bilai

Anda turut boleh membuat pembayaran menggunakan kod QR kepada penjual. Pembayaran/pembelian secara terus juga boleh dilakukan melalui APP ini. Beberapa kategori disediakan setakat ini seperti:

Tambah nilai prabayar

Bil pascabayar

Bil utiliti

Tiket wayang

Tiket kapal terbang

via soyacincau