“Kau peguam tapi….” – DJ Terkenal Malaysia Luah Detik Hitam Jadi Mangsa Pukul Boyfriend Psycho

Lelaki jenis apa ni suka-suka pukul perempuan? Kalau admin dah lama lari tinggalkan boipren kaki pukul macam ni. Tapi kami agak terkejut jugaklah bila baca cerita dari Leng Yein yang viral kat Facebook ni, bila dia bertahan dekat dua tahun beb hidup dengan boyfriend psycho macam ni!

Sumber: Blog

Leng Yein yang dah tak tahan hidup jadi punching bag jantan tak guna ni tulis kat Facebook dia,

“Dua tahun, aku rasa dah cukup bertahan. Kau peguam tapi kau ugut aku selama dua tahun. Kali ni aku nak bertegas. Aku tahu kau rapat dengan polis dan sistem undang-udang. Tapi aku tak takut untuk beritahu KEBENARAN.

 

“Ini BUKAN CINTA. Domestic violence ni TAK BETUL.”

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Malah Leng Yein jugak cerita apa yang berlaku kat dia sebelum kena hentam teruk dengan boyfriend tak guna ni. Semuanya bermula bila boyfriend dia cakap nak tinggalkan Leng Yein sebelum dia masuk operation room untuk 9 jam. Bila Leng Yein balik ke Malaysia after operation tu, dia ingat semua dah settle dah. Tup-tup lain pulak yang jadi.

Boyfriend dia tetiba naik angin lepastu pukul dia teruk-teruk. Sebelum ni, mamat tu ada cakap nak keluar dari rumah sebab dah bosan stay dengan Leng Yein. Dia tuduh Leng Yein layan dia macam anjing dan langsung tak faham dia. Kiranya macam mangsa ni bukan GF yang terbaiklah untuk dia yang super perfect tu.

“Bila aku bagitahu kau untuk jangan overreact, kau terus jerit-jerit lepas tu baling dan pecahkan barang. Kau start pukul aku. Aku ingat kau dah berubah. Tapi malangnya aku SALAH,” cerita Leng Yein lagi.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Tak cukup dengan tu, boyfriend Leng Yein jugak pernah ugut nak suruh bapak dia bunuh Leng Yein dengan adik perempuan dia. Gilalah! Tapi bila Leng Yein dah kena pukul teruk macam ni, dia rasa lebih elok kalau dia viralkan je isu ni kat media sosial supaya semua orang tahu perangai sebenar BF dia tu

“Aku akan teruskan hidup aku macam biasa, macam mana sebelum kau datang dalam hidup aku sebelum ni dan rosakkannya. Kau bertanggungjawablah dengan segala perbuatan kau ni. 

“Aku dah tak takut lagi. Kalau kau nak guna kawan peguam atau polis dan aku tak ada sesiapa, aku TAKKAN MENGALAH dan akan terus bersuara. Dengan cara ni je aku boleh hentikan keganasan terhadap wanita lain yang aku sendiri dah lalui. Aku akan buat sesuatu tentang benda ni,” tulis Leng Yein dekat akhirposting dia tu.

Sumber: Facebook
Sumber: Blog

Apa-apapun harapnya lelaki yang pukul mangsa tu kena tangkap dengan polis lah tak lama lagi. Teruk kot dia pukul perempuan tu. Tak sanggup kita orang nak tengok. Dari muka perempuan tu cantik, terus habis penuh luka dan parut.

Ingat girls! Kalau boipren korang tu dah mula dok tunjuk simptom kaki pukul, cepat-cepatlah angkat kaki. Tak guna stay dalam relationship macam tu. Sayang-sayang semua plis tolak tepi. 

sumber lobakmerah