Jihan Muse Tak Berniat Nak Burukkan Hospital Tempat Dia Bersalin

Sebuah kenyataan dari pelawak dan pengacara popular Jihan Muse tentang sebuah Hospital terkemuka di Shah Alam telah mendapat reaksi negatif dari peminatnya. Pada bulan Januari lepas, Jihan selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Pakar Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) dan ada yang beranggapan Jihan tidak berpuas-hati dengan perkhidmatan yang disediakan di situ.

Jihan Muse Tak Berniat Nak Burukkan Hospital Tempat Dia Bersalin

Hangat.com difahamkan sebelum ini Jihan ada menyebut “No More DEMC” menerusi Instagram Stories dan kenyataan ini menyebabkan ramai yang menyangka Jihan cuba memberi tanggapan negatif terhadap Hospital itu.

DEMC kini dengan nama Hospital Pakar Avisena

Walaubagaimanapun, Jihan menjelaskan bahawa kenyataannya itu merujuk kepada berita tentang penjenamaan semula hospital itu kepada Hospital Pakar Avisenasebagai usaha meluaskan jenamanya ke negeri lain pada masa depan.

Menurut laporan dari Selangorkini.my, Hospital Pakar Avisena diambil bersempena nama Ibnu Sina, atau nama sebenarnya Abu Ali Al-Hussian Ibnu Abdullah, seorang tokoh besar dalam bidang perubatan moden yang dilahirkan pada tahun 980.

Jihan Muse Tak Berniat Nak Burukkan Hospital Tempat Dia Bersalin

Jihan sebenarnya mahu meluahkan rasa kecewa di atas penjenamaan nama Hospital itu yang mempunyai sentimental valuedalam hidupnya. Tiada niat untuk memburukkan hospital itu lagi-lagi di situlah nyawanya diselamatkan ketika dia melahirkan anak sulung.

Wajah Anak Belum Ditunjukkan

Jihan Muse Tak Berniat Nak Burukkan Hospital Tempat Dia Bersalin

Hampir dua bulan bersalin, peminat Jihan Muse termasuk kami di Hangat.com tertanya-tanya bilakah dia akan memperkenalkan anak lelakinya kepada peminat. Rata-rata tak sabar untuk melihat wajah anak pasangan itu yang namanya juga masih belum didedahkan kepada umum. Sama-sama kita nantikan!

Jihan Sembunyi Anak

HAMPIR dua bulan bersalin, peminat Jihan Muse mula melontarkan pertanyaan bilakah dia akan memperkenalkan anak lelakinya kepada peminat.

Pertanyaan itu dibuat peminat menerusi Instagram selepas Jihan memuat naik foto dan kapsyen bersempena ulang tahun perkahwinannya yang kedua dengan pelakon Ungku Hariz.

Rata-rata melahirkan rasa tidak sabar untuk melihat wajah anak pasangan itu yang namanya juga masih belum didedahkan kepada umum.

Bagaimanapun pasangan ini hanya menggunakan nama Baby Ninja untuk bayi lelaki mereka itu.

“@snurulzakaria Bila nak tunjuk baby kak @jihanmuse ..x sabar nak tengok.

Jihan Muse Tak Berniat Nak Burukkan Hospital Tempat Dia Bersalin

Kapsyen Jihan di Instagram menjadi perhatian pengikutnya.

@halimahtunsaadiah08 Kenapa tak tunjuk gambar baby?

@norazureennawawi Bila nak post picture baby..kak jihan?,” antara pertanyaan ditinggalkan oleh pengikutnya di ruangan komen.

Sementara itu, ucapan Jihan bersempena ulang tahun perkahwinannya menggeletek hati apabila dia menulis menggunakan bahasa istana dengan membahasakan dirinya sebagai beta.

Menerusi kapsyen itu, Jihan meminta ‘rakyat’ bergembira dan senyum sepanjang hari bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya dengan Ungku Hariz.

Jihan Muse Tak Berniat Nak Burukkan Hospital Tempat Dia Bersalin

Jihan Muse.

“Wahai sekalian rakyat siber! Sempena hari ulang tahun perkahwinan yang kedua ini beta titahkan semua rakyat bergembira dan senyum sepanjang hari,” tulisnya.

Malah Jihan meminta pengikutnya agar memaafkan semua orang, bersihkan hati dan hidup dengan bahagia.

“Maafkan semua orang, bersihkah hati dan hidup dengan bahagia. Kalau sakit hati sangat simpan sambung esok.

“Hari ini matikan segala bad mood, bad vibes dan bad mouth. Marilah jadi ‘citizen of net’ yang baik. Jangan lupa selit doa untuk kebahagiaan kami sekeluarga juga ya. Sekian dari balairung sewa. Assalamualaikum,” tulisnya.

Jihan dan Ungku Hariz berkahwin pada 20 Mac 2016 dan pasangan itu menimang cahaya mata pertama pada 25 Januari lalu