Ini Kronologi Kisah Tragis Nurul Huda, Kanak-kanak Mati Dirogol Berkali-kali Tahun 2004

Загрузка...

Mungkin kisah ni dah lama luput daripada ingatan orang ramai. Tapi apa yang berlaku kepada adik Nurul Huda Abdul Ghani ni suatu perkara yang semua parents tak mahu terjadi kepada anak mereka. Bayangkanlah… anak comel and bijak pergi dengan macam tu je. Sia-sia ibu bapa didik dan jaga anak tu baik-baik sampai masuk sekolah tapi dapat dek tangan penjenayah… hancur semuanya macam tak ada pape!

Bagi yang masih tak tahu siapa adik Nurul Huda ni dan apa yang berlaku dekat dia, ini kami ceritakan kisah tragis yang menimpa gadis malang ni 14 tahun yang lalu. 

1. Siapa adik Nurul Huda?

Masa tragedi ni berlaku, Nurul Huda Abdul Ghani baru je berumur 10 tahun. Dia tinggal kat Kampung Pekajang, Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor dan sekolah dia pulak dekat sangat dengan rumah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Tiram Duku. Ramai yang cakap Nurul Huda ni periang, pandai dan peramah dengan semua orang. Dia jugak dilantik sebagai pengawas dan merupakan anak bongsu dalam family yang mana parents serta adik beradik dia sudah tentu tersangat sayang dengan dia.

2. Kejadian di hari malang

Tapi sayang seribu kali sayang. Masa hari kejadian, Nurul Huda duduk dengan dua kakaknya di rumah lepas parents dorang keluar pergi berniaga. Masa tu kiranya first time lah Nurul Huda kena tinggal dengan parents dia. Dan kakak-kakak Nurul Huda ni cadang nak masak untuk bagi parents dorang makan.

Tetiba bila nak masak, telur dengan ikan pulak habis. Jadi Nurul pun ambik lah basikal dan kayuh ke kedai yang lebih 500 meter daripada rumah untuk beli barang-barang tu. Kata kakak Nurul, dia benarkan Nurul keluar sebab jarak rumah dengan kedai tak jauh lepas tu kawasan dekat kampung tu pun tak pernah ada masalah sebab aman damai je sebelum ni.

Masa Nurul keluar, jam baru pukul 9.30 pagi. Tapi bila dah setengah jam berlalu, kakak-kakak Nurul dah start rasa something wrong. Rasa tak sedap hati Nurul tak balik-balik, dorang berdua pun mula cari adik dorang kat seluruh kawasan kampung dan mintak jiran-jiran tolong carikan jugak.

Bila jam dah pukul 12.45 tengah hari, abang sulung Nurul, Amer terus buat keputusan untuk laporkan kehilangan adik dia kat Balai Polis Tanjung Kupang. Masa tu bukan semua orang ada telefon bimbit nak call-call polis. Telefon awam pulak rosak. Terpaksalah si abang tu naik motor jauh ke balai.



3. Nurul Huda ditemui

Lepas polis buat rondaan kawasan sekitar kampung, abang Nurul dengan dua orang polis stop by dekat satu Stesen Janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ada di antara rumah Nurul dengan kedai. Stesen janakuasa tu sebenar baru je dibina dan bila polis tanya pengawal keselamatan kat situ sama ada dorang ada nampak ke tak Nurul, pengawal tu tetiba buat perangai dan tak mahu bagi kerjasama.

Perangai pelik dorang tu buat abang Nurul, Amer terus panjat pagar stesen dengan dua lagi polis untuk periksa kawasan tu. Tindakan dorang jelas-jelas dibenci Mohd Abbas Danus Baksan (ingat nama dia ni) yang tiba-tiba je naik angin pastu nak libas polis dengan parang. Hah apa hal mamat ni tetiba plak nak marah??

Nasib baiklah dua orang polis tadi berjaya halang Abbas dan salah seorang daripada polis tu masuk ke dalam stesen dengan Amer untuk check bangunan stesen. Masa masuk ke dalam tandas stesen tu, dorang tak sangka akan jumpa sesuatu yang mengejutkan!

Dekat dinding tandas tu, dorang nampak Nurul Huda tengah tersandar lemah tak berpakaian dalam keadaan mencangkung. Tangan dia kena ikat ke dagu dan mulut dia pulak dah kena sumbat dengan kain. Nurul memang nampak lemah dan tak boleh bersuara langsung. Hati abang Nurul memang remuk sangat masa tu. Sampai hati orang buat benda macam ni kat adik dia.

Dengan berhati-hati, Amer angkat Nurul pastu baringkan dia dan tutup badan adik dia dengan baju. Dia bawak Nurul keluar dari neraka tu dan kalau korang ada kat tempat Amer mesti korang rasa nak belasah je guard tadi tu kan??

4. Namun dia akhirnya…

Nurul Huda lambat dapat rawatan. Sebab badan dia lemah sangat dan kena rogol pastu liwat pulak berkali-kali (hati iblis yang buat macam ni), Nurul meninggal dunia. Amer mengaku adik dia dalam keadaan nyawa-nyawa ikan masa dorang dalam perjalanan ke klinik. Mata adik dia pun separuh terbuka dan dalam mulut Nurul, lidah dia nampak macam lebam.

Dalam jam 1.30 tengah hari, pegawai dekat Klinik Kesihatan Gelang Patah, Johor maklumkan kat keluarga Nurul yang kanak-kanak tu dah tak ada.

Klinik Kesihatan Gelang Patah

5. Siapa penjenayah kejam itu?

Korang yang dah ikuti cerita ni sampai setakat ni, mesti tak sabar-sabar nak tau siapa manusia yang tak berhati perut dan kejam sangat buat benda macam ni kan? Menurut siasatan polis, ada tiga orang suspek yang buat jenayah ni dekat Nurul Huda. Dorang ni semua bekerja sebagai guard dan salah sorang daripadanya Abbas tadi yang nak libas parang kat polis.

Abbas ni baru berumur 45 tahun dan berasal dari Kelantan. Dia sebelum ni pun ada rekod jenayah yang libatkan kes samun dekat Jinjang, Skudai, Sungai Way dan Pasir Gudang. Dan yang lagi pelik, Abbas ni baru je enam bulan bekerja kat situ sebagai guard. Jadi bila benda jadi, kecoh jugaklah media dan orang ramai semua pertikai macam mana TNB pilih pekerja tambah-tambah lagi jadi pegawai keselamatan.

Polis lepas tu rekod kenyataan Abbas dan dia namakan lagi dua orang kawan dia yang terlibat dalam kes ni. Salah seorang tu baru umur 27 tahun. Tapi media sampai sekarang tak pernah reveal nama sebenar dorang dan guna nickname macam ‘Jojo’ dan ‘Ngengel’ untuk kawan Abbas ni.

6. Terlepas hukuman gantung

Walaupun Abbas mengaku bersalah merogol dan meliwat Nurul Huda sampai mati pada 17 Januari 2004, dia boleh pulak terlepas hukuman gantung sampai mati. Mahkamah hanya menjatuhkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan 24 sebatan. Tu pun dia terlepas daripada hukuman sebatan masa tahun 2008 sebab Abbas dah berumur 52 tahun. Dia dikatakan dah terlalu tua untuk jalani hukuman tu.

Masa sabit hukuman tu dijatuhkan, Abbas pakai baju putih dan seluar pendek warna krim. Muka dia memang tak nampak kesal atau rasa bersalah. Dan kawan-kawan dia yang konon terlibat tu pulak bebas macam tu je sebab tak cukup bukti dan tempoh tahan reman pun dah habis.

Apa yang buat orang ramai pissed off sangat dengan kes ni ialah gambar-gambar kat crime scene semua tak dapat dikeluarkan sebab kamera yang digunakan photographer tak berfungsi. Kata L/Kpl Palansamy selaku jurugambar pada hari tu, dia guna at least tiga gulung filem dan ambik 60 keping gambar. Tapi bila cuci, negatif yang keluar kosong. Whaat??

Tersenyum terlepas hukuman

7. Kesan pemergian Nurul Huda 

Sejak hakim tarik balik hukuman mati terhadap Abbas, bapa Nurul Huda dikatakan bergantung hidup dengan pil penenang. Siapa yang tak sedih kan anak sendiri meninggal dalam keadaan macam tu? Lepas tu boleh pulak pesalah tak dikenakan hukuman sepatutnya? Memang sedih lah weh!

Kata kakak Nurul Huda, maknya tak pernah menangis sepanjang uruskan jenazah Nurul. Tapi lepas semuanya selesai, baru mak Nurul lepaskan apa yang terbuku dalam hati dia. Dia menangis sepuas hati. Kalau tetiba mak dia tak ada kat rumah, tu tandanya mak dia pergi melawat kubur Nurul.

Rumah dorang sekarang sangat sunyi. Bilik semua berkunci. Mereka sering membaca Al-Quran dan yang pastinya, di rumah dorang langsung tak gantung gambar keluarga, apatah lagi gambar arwah.

Kes pedofil dan rogol macam ni masih berlaku sampai sekarang dan kebanyakan nyawa-nyawa tak bersalah macam nilah yang jadi mangsa. Marilah kita doakan semoga keluarga Nurul Huda tabah hadapi dugaan ni. Bagi yang terlepas hukuman di dunia, kita tak tahu apa yang menunggu kat akhirat nanti.

Sebak bila kenang kisah ni….

Sumber: https://lobakmerah.com/ini-kronologi-kisah-tragis-nurul-huda-kanak-kanak-mati-dirogol-berkali-kali-tahun-2004/

Загрузка...