[GAMBAR] Lucunya Anak Nora Danish, Neqayl Jadi Harry Potter!

[GAMBAR] Lucunya Anak Nora Danish, Neqayl Jadi Harry Potter!

Mengabadikan momen kelahiran hingga perkembangan bayi pasti sering dilakukan para ibu bapa. Tren foto ‘newborn baby’ketika ini sudah menjadi kegilaan pada ibu bapa yang baru menimang cahaya mata.

Difahamkan bayi yang baru berusia beberapa hari biasanya masih mudah ‘dibentuk’ sesuai keinginan jurugambar. ‘Newborn baby’fotografi sudah menjadi tren artis dunia. Begitu juga dengan artis Malaysia. Mereka tidak mahu ketinggalan momen untuk mengabadikan anak mereka yang baru berusia beberapa hari dalam foto tema ‘newborn baby’.
Newborn Photoshoot Mohamed Neqayl
Pelakon Nora Danish baru saja melahirkan anak keduanya pada 22 Februari lalu yang diberi nama Mohamed Neqayl. Baru berusia dua minggu, putra kecil pasangan Nora dan Nedim itu melakukan ‘newborn photoshoot’dengan berbagai pose. Comel sangat ni!

BACA  [VIDEO] Nora Danish Timang Cahaya Mata Lelaki

Seperti ini gaya Neqayl ketika sesi fotografi newborn baby. Dah macam dalam filem Harry Potter pula. Yang pastinya dilakukan ketika dia sedang terlelap. Geram je tengok!

Ini aksi apa pula ya? nampaknya seperti sedang menunggu ikan ketika memancing.

Wow! Lagak bergaya seperti watak Jack Sparrow dalam filem Pirates of the Caribbean.

Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka.

Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashramyang kini berusia sembilan tahun.

Sumber – Hangat.com