Elfira dedah, Sufian Suhaimi buat perangai dari kes Bigo tu lagi.

Pasangan ini memang pernah dilanda badai apabila beberapa kali Sufian Suhaimi dilanda kontroversi.

Antaranya isu meninggal kekasih lama dan juga isteri mengurat menggunakan Bigo dengan isteri orang.

Ini pendedahan Elfira Loy:

“Masa merisik pun sebenarnya dugaan tu dah terasa ada dan dah ada. Contohnya masa kami pilih tarikh nak merisik terus keluar kes Sufian yang pasal kes viral Bigo dia (Sufian) menghubungi saya dan mama untuk maklumkan keadaan sebenar”

“Ketika panas isu itu, saya memilih untuk tidur dan tidak gelabah. Selain dengan harapan bangun keesokan harinya akan ada penjelasan”

“Jadi saya tak boleh terburu-buru meletakkan andaian. Mungkin itu juga dugaan yang mahu menguji hubungan kami. Dalam hubungan ini, jika kita boleh menerima seseorang itu dalam keadaan baik dan sebaliknya, bererti kita sedang berusaha untuk menjaga ikatan ke tahap lebih baik. Kita sama-sama memperbaiki kekurangan yang ada.”

Terdahulu, penyanyi Sufian Suhaimi didakwa mengganggu seorang wanita berstatus isteri orang menerusi aplikasi sembang Bigo Live.

Lelaki yang dikenali sebagai Haziqrefff itu menulis panjang lebar di laman sosialnya itu menerangkan perkara yang berlaku seperti yang didakwanya.

Di bawah ini merupakan penjelasan Haziqrefff yang mendakwa Sufian menganggu isterinya..

Nah, anda bacalah sendiri…

Menurut lelaki tersebut, dia terkejut apabila seorang lelaki menegur isterinya menggunakan nama Sufian Suhaimi dan menyangkakan akaun tersebut palsu pada mulanya.

Tidak berakhir di situ, dia mengambil keputusan untuk menyamar sebagai isterinya dengan tujuan mahu menguji pengguna yang menggunakan nama samaran ‘Sufian Suhaimi’ di laman sembang tersebut.

Bagaimanapun lelaki tersebut terkejut selepas ‘Sufian Suhaimi’ menghantar foto-fotonya menerusi ruangan sembang.

Dia mulai yakin lelaki yang berbual dengannya di laman sembang Bigo Live adalah Sufian, kerana foto-foto yang dihantar ‘asli’ dan tidak terdapat di Instagram atau di enjin carian Google Images.

Selepas memuatnaik foto Sufian dan perbualan yang berlaku di antara penyanyi tersebut dan ‘isterinya’, lelaki tersebut menampilkan video sembang sebagai bukti.

Sementara itu, pengguna laman sosial Twitter telah meninggalkan pelbagai reaksi kepada lelaki tersebut termasuk yang menyokong tindakannya memviralkan perkara ini.

Namun, perkara ini mengundang kemarahan Sufianators dan menganggap lelaki tersebut ‘menggali lubang kuburnya’ sendiri.

Menyedari namanya hangat diperkatakan, Sufian lantas menulis di laman Twitter menafikan dirinya mempunyai akaun Bigo dan WeChat seperti mana didakwa lelaki tersebut.

Ketika ditanya seorang netizen mengenai paparan video call yang dikatakan mirip dirinya, Sufian mengatakan video itu diambil dalam Instagram Live-nya sebelum ini.

Sufian Suhaimi Kantoi Kacau Isteri Orang?

Sementara itu, menerusi Instagram Story, Sufian ada memuat naik gambar di hadapan sebuah balai polis namun tidak menulis apa-apa penjelasan lanjut berhubung perkongsian foto tersebut. – MyNewsHub