Demi kebaikan anaknya Fatimah az-Zahra, Datuk K jumpa Mufti Wilayah Persekutuan

Umum mengetahui penghibur kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya menamatkan penantian selama 11 tahun apabila telah selamat melahirkan cahaya perempuan yang di sebuah hospital swasta beberapa hari lalu.

Namun, bagi melahirkan rasa syukur terhadap kelahiran itu, suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa amat berbesar hati mengundang Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Bakri pada hujung minggu ini bagi menyempurnakan tahnik, cukur rambut sempena majlis akikah anaknya.

Buat sementara waktu, bayi tersebut hanya dipanggil Fatimah az-Zahra sempena nama anak Rasulullah SAW. Menurut Datuk K juga, nama penuh puteri sulungnya itu akan diumumkan semasa majlis akikah kelak.

Tambah Datuk K, isteri dan anaknya dalam keadaan sihat namun masih dalam pemantauan doktor di hospital agar betul-betul sihat sepenuhnya sebelum pulang ke rumah.

Sumber : Sinar Harian