Bercinta Dengan Elfira Loy? Jutawan Muda Ini Akhirnya Buat Pengakuan

Загрузка...

Selepas sahaja putus tunang dengan Sufian Suhaimi. Elfira Loy dikatakan mula bercinta dengan seorang jutawan muda yang dikenali sebagai Asyraf Mazlan. Spekulasi itu mula timbul apabila Elfira dilihat menyambut ulang tahun kelahirannya bersama adiknya dan Asyraf di sebuah restoran.

Asyraf Beri Penjelasan

Menyedari ramai yang tertanya apakah status sebenar hubungan mereka, Asyraf akhirnya tampil mendedahkan status sebenar hubungannya bersama Elfira.

Menurut usahawan ini, beliau sudah lama mengenali Elfira namun tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa seperti yang hangat diperkatakan.

Asyraff mengakui beliau sudah ada kekasih hati dan turut menolak dakwaan netizen kononnya beliau menunaikan ibadah umrah bersama Elfira dan keluarganya.

“Kami bukan buat umrah bersama, sebaliknya kita pergi dalam kumpulan yang ramai dan foto yang saya kongsi beserta kapsyen di Instagram hanyalah gurauan sesama teman.Netizen yang keluarkan semula foto itu dan kaitkan saya dengan isu putus tunang sedangkan kami mengerjakan ibadah umrah sebelum kontroversi itu timbul. Sebenarnya saya dah kenal keluarga Elfira sejak awal dia bergelar pelakon lagi dan kami hanya berkawan biasa sahaja”

Sampai Masuk Hospital

Disebabkan spekulasi itu, Asyraf tertekan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Tambahnya Beliau dan Elfira jarang berhubung apatah mencampuri urusan peribadi Elfira. Kedua-duanya sudah menjelaskan perkara yang sebenar dan diharap netizen tidak lagi membuat spekulasi rambang mengenai mereka.

Asyraff Mazlan Kekasih Baru Elfira Loy?

Baru sahaja putus tunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi, Elfira Loy kini netizen membuat andaian bahawa pelakon itu sudah mempunyai pengganti apabila gambarnya bersama seorang usawahan yang dikenali sebagai Asyraff Mazlan tersebar di media sosial.

Raikan Ulangtahun Asyraff Bersama

Seperti menguatkan spekulasi berkenaan, terlihat Insta-story Elfira bersama kakaknya yang meraikan ulangtahun kelahiran Asyraff di sebuah restoran. Ditambah pula, Asyraff memuat naik gambarnya bersama Elfira ketika di Mekah awal bulan lalu berserta kapsyen yang agak romantis.

Elfira Nafi Mempunyai Hubungan Dengan Asyraff

Menyedari akan tersebarnya spekulasi berkenaan, Elfira menafikan dakwaan tersebut malah turut menjelaskan bahawa mereka sememangnya sudah berkawan lama sejak beliau belum berhijab.

Elfira turut berasa sedih dan kesal dengan pelbagai dakwaan yang timbul apatah lagi menuduh ibunya sebagai punca mengapa beliau dan Sufian berpisah. Harap benarlah kenyataan Elfira ini. Jangan nanti timbul pula pengakuan bahawa mereka kini bercinta.

Sumber: Hangat.com

Загрузка...