Bagaikan model dan bakal masuk Islam, ini 5 perkara menarik mengenai kekasih Fadlan Hazim

Sejak menceburi diri dalam dunia hiburan, pelakon kacak, Fadlan Hazim boleh dikatakan antara anak seni yang belum pernah dikaitkan dengan gosip percintaan. Malah, dia juga jarang mencipta kontroversi seperti sesetengah artis lain.

Terbaru, pelakon drama bersiri Papa Ricky itu mendedahkan teman wanitanya yang berbangsa Cina, Julie Anne Kang bakal bergelar mualaf tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa teman wanitanya itu mempunyai kecantikan persis model antarabangsa dan mereka kelihatan sangat serasi bersama.

Berikut adalah lima perkara menarik mengenai gadis yang berjaya menambat hati pelakon kacak tersebut. Bukan calang-calang orangnya!

#1. Bakal masuk Islam

Walaupun Fadlan tidak mahu kekasihnya bertukar agama disebabkan mereka ingin berkahwin, tetapi Julie seronok mendalami agama Islam serta terbuka untuk menerimanya seikhlas hati.

#2. Pereka kasut

Julie menjalankan perniagaan secara dalam talian bersama rakannya, Aina Syahirah dengan menampilkan jenama kasut tempatan iaitu KULET yang semakin berkembang menembusi pasaran antarabangsa.

#3. Kenal sejak zaman sekolah

Sudah mengenali wanita seusianya itu sejak zaman persekolahan, Fadlan boleh dianggap beruntung kerana pertemuan semula membuatkan hubungan mereka ke arah lebih serius.

#4. Mendapat restu keluarga

Walaupun berbeza kaum dan agama, hubungan cinta mereka itu diterima baik dan mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak. Tambah Fadlan, mereka juga membesar dalam kelompok keluarga yang pernah berkahwin campur.

#5. Semakin mesra

Julie juga kelihatan tidak segan silu berkongsi kisah percintaan bersama Fadlan di laman media sosial kerana sering memuat naik gambar bersama untuk para pengikutnya.

Sumber : Julie Anne