27 Ilustrasi #Deep Yang Menyindir Masyarakat Pada Zaman Sekarang

Загрузка...

Meskipun dunia dikatakan sudah menjadi semakin canggih dengan terciptanya pelbagai teknologi-teknologi baru yang memudahkan kehidupan seharian kita, namun hakikatnya, kualiti hidup kita sebenarnya dikatakan semakin merosot dari semasa ke semasa.

Sekiranya pepatah dahulu ada mengatakan bahawa “jauh di mata, namun dekat di hati…” tetapi kini masyarakat sudah menjadi terbalik kerana rata-rata mereka sudah menjadi seperti “dekat di mata, tetapi jauh di hati…” kerana masyarakat sekarang yang lebih gemar untuk menghabiskan masa mereka bersendirian dengan gajet-gajet kesayangan mereka berbanding dengan meluangkan masa dengan orang-orang yang terdekat dengan mereka.

Bagi menggambarkan situasi sebenar dan betapa kroniknya masyarakat kita pada hari ini, seorang pelukis yang dikenali sebagai Gerhard Haderer telah menghasilkan beberapa buah ilustrasi yang bertujuan untuk menyindir masyarakat pada zaman sekarang.

Kematian akibat berselfie lebih tinggi berbanding dimakan ikan jerung.

Ramai yang memilih untuk merakamkan detik-detik indah di dalam kehidupan mereka berbanding dengan menikmatinya sahaja.

Ramai orang sekarang yang terpaksa memalsukan senyuman mereka.

Ramai kanak-kanak sekarang yang kehilangan keseronokan menjadi seorang kanak-kanak.

Apabila membaca itu menjadi suatu amalan yang hina.

Kehidupan berpolitik, di luar gaduh, tetapi di belakang…

Lihat bagaimana syarikat besar membunuh peniaga-peniaga kecil.

Ketagihan melihat skrin.

Ahli korporat yang sentiasa kelaparan wang ringgit dan harta benda.

Kehidupan bergelar seorang pekerja yang sentiasa diperah oleh majikan mereka.

Dekat di mata, tetapi jauh di hati.

Apabila tiada lagi ikan di dalam laut berpunca daripada pencemaran yang dilakukan oleh manusia.

Mentaliti seorang pemandu di Malaysia.

Perkahwinan yang menjadi semakin membosankan.

Bagaimana fungsi sebuah drone sering disalahgunakan.

Hujung pena lebih tajam berbanding dengan mata pedang.

Bagi sesetengah orang, laut merupakan tempat untuk bersantai. Namun bagi sesetengah orang yang lain, laut merupakan jalan keluar daripada konflik di negara mereka.

Ketagihan pada zaman moden.

Apabila duit boleh membeli segala-galanya.

Seorang vegeterian yang obses dengan tumbuh-tumbuhan.

Sebuah tindakan yang wajar untuk dilakukan.

Sebuah mahakarya agung.

Cannot unsee!

Jagalah pandangan, pendengaran dan kata-kata kita.

Yang ini kami tak berapa faham motifnya.

Kehidupan disebalik tembok tinggi penjara.

Pengalaman bercuti ketika musim cuti sekolah.

 

Semua lukisan ini mempunyai maksud yang mendalam. Apa yang ditulis diatas hanyalah pandangan dari admin. Korang mungkin ada pandangan tersendiri setelah melihat lukisan-lukisan ini. Ayuh kongsikan apa yang anda fikirkan setelah melihat foto-foto ini.

 

Sumber : taiko.fun

Загрузка...